Sunday, May 27, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Saya sudah biasa menonton tazkirah ustaz Azhar Idrus melalui youtube sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, sejak setahun dua ini, aura ustaz begitu fenomenal, mempunyai ramai peminat bahkan kita dapat melihat lautan manusia yang datang mendengar ceramahnya.

Mungkin dia seorang yang bersahaja, pandai berjenaka, mudah didekati dan tazkirahnya dapat menyentuh ke hati anak-nak muda dan semua lapisan masyarakat. Ada ketikanya diselitkan juga sindiran tajam dan teguran yang agak terbuka hingga ada sebilangan yang tidak senang dengannya. Walau apapun popularitinya agak luar biasa sejak kebelakangan ini. Lihat sahaja sewaktu siri ceramahnya di Masjid Salahudin Abdul Aziz di Shah Alam pada 27 Mei semalam, ada yang terpaksa parking motor hingga ke dalam longkang.

Begitu juga sewaktu siri ceramahnya bersama ustaz Kazim Elias di Manjoi, bersempena Maal Hijrah yang lalu, bandar Ipoh menjadi sesak dengan deruan manusia yang ingin mendengar gabungan tazkirah antara dua orang ustaz ini. Ia juga gambaran bahawa masyarakat hari ini sangat mengkehendaki makanan rohani sebagai pengisian jiwa yang kosong.

Semoga akan lahir lebih ramai lagi golongan ilmuan Islam dan golongan umarak yang menjadi murabbi dan muqarrabin yang dapat membimbing masyarakat mendekatkan diri dengan Allah.



Biodata Ustaz Azhar Idrus

Nama : Azhar Idrus

Tempat Lahir : Terengganu

Umur : 48 tahun

Isteri : Rogayah Sulong dan Nisya Wan


-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.



Keluarga besar ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook