Sebelum dikesan terkena penyakit chicken pox ni, anak saya mengadu sakit kepala, kemudian diikuti demam. Pada awalnya saya nampak ada hanya satu gelembung air kat paha dia. Saya mengesyaki kemungkinan anak saya terkena chicken pox, tapi tak begitu yakin sebab cuma ada satu saja gelembung air. Bila suhu badan menurun (demam hampir reda) barulah kelihatan bintik-bintik gelembung air tumbuh dengan banyak seluruh badan.
Petangnya bawa anak pergi doktor. Ingatkan ada ubat khas untuk chicken pox, rupanya doktor cuma bagi syrap anti histamine dan calamine lotion (ubat sapu cecair pekat seakan bedak air) dengan antivirus sebagai optional. Saya tanya doktor samada perlu elakkan dari makan makanan tertentu. Doktor kata dalam bidang perubatan moden tak ada makanan perlu dielakkan.
Macamanapun, atas nasihat orang tua-tua, pesakit kena elakkan dari makanan seperti seafood, ayam, telur, ikan bilis dan banyak lagi. Makanan ini semua boleh menyebabkan kegatalan dan tak selesa. Hanya satu jenis ikan yang konfirm boleh makan iaitu ikan selar kuning.
Orang dulu-dulu juga mengesyorkan minum air kelapa. Apa justifikasi mimum air kelapa waktu kena chicken pox ni pun saya tak begitu pasti. Mungkin untuk menyejukkan badan supaya bintik-bintik chicken pox cepat keluar dan sekaligus cepat sihat. Menurut seorang rakan, chicken pox akan mula keluar bila demam hampir reda.
| kelapa ambik dari pakcik google |
Satu lagi cara mengubat demam chicken px cara tradisional ialah dengan tidur beralaskan daun semambu. Orang kata chicken pox alah dengan daun semambu. Daun semambu ni boleh diperolehi di kedai India yang jual bunga. Kalau di Shah Alam, pokoknya ada tumbuh kat belakang mahkamah. Kalau kgatalan boleh guna daun semambu ni untuk menggaru. Caranya ambik seikat daun semambu, bersihkan dan biar hingga kering. Bila anak mengadu gatal, bolehlah guna seikat daun semambu tadi untuk menggaru....
| Daun semambu dari pakcik google |

salam ziarah ^_^
ReplyDeletedaun semambu tu membuatkan bdn kite jd rasa miang kan? sy tak tahan betul tidur beralaskan daun tu mase kene c.pox bulan 4 aritu, so sy remove daun tu dan mase tu cuma bertawakal supaya sy sembuh sendiri tanpa bantuan daun tu. sebab tak tahan sgt2 gatal bdn bile kene daun tu. alhamdulillah tak kena kat anak2 kalo x lagi haru nak menjage diri sendiri lg, nk jg anak lg... huhu