Sunday, May 27, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Saya sudah biasa menonton tazkirah ustaz Azhar Idrus melalui youtube sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, sejak setahun dua ini, aura ustaz begitu fenomenal, mempunyai ramai peminat bahkan kita dapat melihat lautan manusia yang datang mendengar ceramahnya.

Mungkin dia seorang yang bersahaja, pandai berjenaka, mudah didekati dan tazkirahnya dapat menyentuh ke hati anak-nak muda dan semua lapisan masyarakat. Ada ketikanya diselitkan juga sindiran tajam dan teguran yang agak terbuka hingga ada sebilangan yang tidak senang dengannya. Walau apapun popularitinya agak luar biasa sejak kebelakangan ini. Lihat sahaja sewaktu siri ceramahnya di Masjid Salahudin Abdul Aziz di Shah Alam pada 27 Mei semalam, ada yang terpaksa parking motor hingga ke dalam longkang.

Begitu juga sewaktu siri ceramahnya bersama ustaz Kazim Elias di Manjoi, bersempena Maal Hijrah yang lalu, bandar Ipoh menjadi sesak dengan deruan manusia yang ingin mendengar gabungan tazkirah antara dua orang ustaz ini. Ia juga gambaran bahawa masyarakat hari ini sangat mengkehendaki makanan rohani sebagai pengisian jiwa yang kosong.

Semoga akan lahir lebih ramai lagi golongan ilmuan Islam dan golongan umarak yang menjadi murabbi dan muqarrabin yang dapat membimbing masyarakat mendekatkan diri dengan Allah.



Biodata Ustaz Azhar Idrus

Nama : Azhar Idrus

Tempat Lahir : Terengganu

Umur : 48 tahun

Isteri : Rogayah Sulong dan Nisya Wan


-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.



Keluarga besar ustaz Azhar Idrus

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali 


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




Wednesday, May 16, 2012

Fadhilat memelihara solat sunat dhuha

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.


Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekiar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari (sebelum masuk waktu zohor).


Solat sunat boleh dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat, enam rakaat atau 8 rakaat. Saidina Ali r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha 6 rakaat, pada 2 ketika iaitu ketika terbit matahari 2 rakaat dan ketika matahari naik pertengahan sedikit, Baginda melakukan sebanyak 4 rakaat.





Selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah As-syams.
Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah, dibaca surah al-dhuha atau Al-Lail.


(Catatan : Jika tidak hafal surah yang disarankan di atas, boleh dibaca surah yang lain. Asalkan niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Doa solat dhuha boleh dirujuk di sini => Doa Solat dhuha.


Solat ini juga sebagai simbolik kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya kerana dikurniakan lengkap 360 ruas tulang pada setiap hari yang dilaluinya. Justeru itu, pagi yang penuh nikmat Ilahi ini disyukuri dengan menyembah Allah, sebagai tanda terimakasih seorang hamba kepada penciptanya.


Kelebihan yang lain:


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 


Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.




Monday, May 14, 2012

Untuk renungan : Apa yang berlaku di Palestin

Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam? Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini. Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967.

Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.



Detail boleh didapati di laman Aqsa Syariff

Sunday, May 13, 2012

Meninggalkan solat ketika sakit, haruskah?

Solat 5 waktu sehari semalam telah difardhukan ke atas umat Islam sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah. Ia satu-satunya perintah ibadat yang terus dari Allah kepada Rasulullah tanpa perantaraan malaikat Jibril. Jelas, ibadah solat merupakan amalan yang paling utama dalam Islam. 

Nabi Muhammad saw. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang meninggalkan solat Asar, akan rosaklah amalannya."

Jika hanya meninggalkan satu solat sudah merosakkan amalan, bagaimana dengan meninggalkan seluruh solat?

Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Syaqiq Al-Ugaili .a., katanya:
"Para sahabat Nabi berpendapat bahawa tiada suatu amalan pun yang apabila ditinggalkan, akanmengkafirkan seseorang kecuali solat." 

Solatlah yang membezakan antara kita dan orang-orang kafir.

Firman Allah:
"Dan perintahkanlah ahli keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan abbat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa." (Taha: 132) 

Bagaimana pula dengan orang Islam yang sakit? Adakah ada keringanan untuk tidak mengerjakan solat ketika sakit?  Jawapannya, dalam keadaan perang sekalipun solat itu wajib. Bahkan dalam keadaan terlantar di katil hospital atau dalam keadaan menghadapi maut pun solat fardhu itu wajib.

Imran ibn Husain ra berkata :-
"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" (HR al-Bukhari 1117)


Di riwayatkan oleh Jabir ra. bahawa Nabi saw telah bersabda kepada seorang yang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk ruku' dan sujud,

"Solatlah di atas bumi jika kamu mampu, jika kamu tidak mampu, gerakkan sahaja kepala kamu, dan jadikanlah sujud lebih rendah dari ruku'" (HR al-Baihaqi dengan Isnaad yang kuat).


Ramai antara kita bila terlantar sakit, kita meninggalkan solat dengan alasan Allah pun tahu kita sakit. Tidak wajar membuat andaian sendiri kerana solat tetap wajib dilakukan pada setiap keadaan. Bagaimanapun, ia masih ada keringanan dalam cara melakukan solat bagi orang sakit. 


Pada yang mempunyai ibubapa atau saudara-mara atau rakan-rakan yang terlantar sakit di hospital atau di rumah,  bantulah mereka melakukan solat mengikut kemampuan mereka. Ramai yang memandang ringan soal ini. Jika mereka terlantar sakit disebabkan ajal yang semakin hampir, bayangkan jika mereka menemui Tuhan dengan keadaan yang berdosa kerana meninggalkan solat. Bagaimana nasib mereka 'di sana' nanti.

Panduan solat ketika sakit boleh didapati dari buku Indahnya Hidup Bersyariat. Saya bukanlah bermaksud mempromosi, bahkan saya sudah memilikinya sebuah sebagai rujukan. Ia mudah difahami dan dikarang oleh seorang ilmuan agama yang hebat iaitu Dato’ Ismail Kamus.








Buku ini sangat bagus dan berbaloi dimiliki oleh setiap muslim sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah.


Pintu Ar-Rayyan


“Di surga terdapat delapan pintu. Ada pintu yang namanya Ar-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.” HR Bukhari dan Muslim

Barang Siapa yang berinfak dengan sepasang unta atau kuda atau lainnya di jalan Allah SWT, maka ia dipanggil dari pintu-pintu surga. “Wahai hamba Allah, pintu ini lebih baik”. Barang Siapa yang rajin solat, maka ia dipanggil di pintu solat. Barang Siapa berjihad, maka ia dipanggil di pintu jihad. Barang Siapa rajin bersedekah, maka ia masuk dari pintu sedekah. Dan barang siapa puasa, maka ia dipanggil dari Ar-rayyan.Abu Bakar berkata,”Wahai Rasulullah, apakah setiap orang dipanggil dari pintu-pintu tersebut? Apakah ada orang yang dipanggil dari semua pintu tersebut?” Rasulullah saw. menjawab,”Ya, dan aku berharap engkau termasuk dari mereka.”

“Siapa di antara kalian yang berwudhu kemudian menyempurnakan wudhunya lalu membaca Asyhadu an laa ilaaha illallahu wahdahulaa syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluhu, maka dibukakan baginya pintu-pintu surga yang berjumlah delapan dan ia masuk dari mana saja yang ia sukai.” HR Imam Muslim

Saturday, May 12, 2012

7 Siti yang menjadi ibu dan wanita yang hebat


1.   Siti Maryam
Siti Maryam merupakan seorang perempuan yang sangat mulia.
Beliau amat taat dalam melaksanakan perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan maksiat dan dosa. Setiap hari yang dilaluinya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah.
Kesucian beliau terpelihara kerana beliau tidak pernah keluar dari biliknya apatah lagi untuk dilihat dan disentuh oleh mana-mana lelaki.

Beliau merupakan wanita soleh dan suci yang Allah pilih menjadi ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam.

2.  Siti Hajar
Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Kisahnya disebut dalam al-Quran walaupun namanya tidak disebut. Selain dalam Islam, kisah beliau juga disebut dalam tradisi agama Yahudi dan Kristian.

Beliau di bawa Nabi Ibrahim ke kota purba bernama Faran yang kini menjadi lokasi Makkah. Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail dan kembali ke Palestin.

Pada saat ketiadaan air, kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari-lari 7 kali antara Bukit Safa dan Marwah, hinggalah akhirnya Allah menganugerahkan Air Zam-Zam dari hentakan kaki Nabi Ismail. Tempat itu akhirnya menjadi penempatan kafilah Arab yang akhirnya membangunkan kota itu.

13 tahun kemudian Nabi Ibrahim mengunjungi Makkah dan membina semula kaabah bersama Nabi Ismail.

Hingga kini air Zam-Zam tidak pernah kering dan tempat yang kontang dulunya  kini menjadi kunjungan berjuta umat Islam.

3.  Siti Asiah
Beliau menjadi isteri kepada tokoh kekafiran yang paling dahsyat iaitu Firaun. Dalam masa yang sama beliau menjadi ibu angkat kepada Nabi Musa sewaktu ramai anak-anak lelaki bani Israil dibunuh. Beliaulah yang mempertahankan Nabi Musa dari kesombongan Firaun yang mengaku dirinya tuhan. Hanya Asiah, satu-satunya wanita di istana Firaun yang beriman kepada Allah.

Akhirnya Asiah dihukum pancung oleh Firaun kerana tidak berganjak pendiriannya beriman kepada Allah dan menolak pujukan Firaun supaya mengaku Firaun sebagai Tuhan.

Kisah Asiah ketika hendak dipancung ada disebut adalam ayat al-Quran dalam surah At-tahrim ayat 11 yang bermaksud.

 “ Dan Allah mengemukakan satu missal perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah perintahkan kpd malaikat : “ Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

4.  Siti Aminah
SITI Aminah adalah wanita yang tabah mengharungi cabaran hidup biarpun kehilangan suami pada saat sarat mengandung. Ketabahannya sebagai ibu tunggal dapat dilihat apabila beliau tidak berkahwin lain selepas pemergian suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib.

Beliau begitu mementingkan kesejahteraan anaknya, Muhammad dengan memberikan yang terbaik buatnya. Sebagai ibu, Aminah begitu mementingkan cara didikan demi memastikan anaknya memiliki sahsiah terpuji.

Ibu yang melahirkan Nabi Muhammad, nabi junjungan kita bukan calang-calang orangnya. Beliau mempunyai kekuatan jiwa hebat kerana mampu mengawal kesedihan emosi walaupun kehilangan orang tersayang.

Tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi, lahirlah Nabi Muhammad dengan penuh rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Insan paling gembira mendengar perkhabaran itu adalah Abdul Mutalib.

Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.”

Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahb ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.” 

5.  Siti Khadijah
 ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad  Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

6.  Siti Aisyah
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW.

 Aisyah adalah isteri yang dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.

Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama.

Aisyah adalah wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.
Aisyah yang digelar Ummul Mukminin menjadi ibu angkat kepada anak-anak yatim di mana bapa-bapa mereka syahid di medan perang.


7.  Siti Fatimah

Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.

Siti Fatimah puteri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).

Dia juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab.

Siti Fatimah az-Zahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Quraisy.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah S.A.W pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Sebagai pendamping hidup Saidina Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya.

Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Beliau merupakan ibu kepada Al-Hassan dan Al-Husein cucunda Rasulullah SAW.
Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Thursday, May 10, 2012

Istighfar pembuat roti

Saya telah baca cerita di bawah dan ingin berkongsi dengan anda InsyaAllah

Satu malam yang dingin, Imam Ahmad dalam  keadaan musafir, beliau keletihan dan ingin menumpang tidur di sebuah masjid. Bila sahaja  Imam Ahmad ingin memasuki masjid, penjaga masjid menghalaunya keluar dengan kasar. Penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad memandangkan waktu itu tidak ada kemudahan  teknologi  komunikasi, jadi mereka tidak dapat mengenali dengan baik rupa orang-orang yang masyhur.  Rayuan Imam Ahmad kepada penjaga masjid untuk tidur di dalam masjid itu sia-sia sahaja.

Kecewa dengan penjaga masjid, beliau memutuskan untuk tidur di perkarangan masjid, tetapi  tatkala beliau duduk, penjaga masjid menjadi marah dan mengheret Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid.  Kebetulan seorang pembuat roti  ternampak kejadian tersebut. Pembuat roti merasa kasihan lalu menawarkan Imam Ahmad bermalam sahaja di rumahnya.

Pembuat roti melayan Imam Ahmad dengan layanan yang baik. Pembuat roti kemudian meninggalkan Imam Ahmad berehat dan pergi menguli tepung. Sementara itu, Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar sepanjang malam. Ia membuatkan Imam Ahmad merasa kagum.

Pada paginya, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfar yang dilakukannya pada malam tadi. Pembuat roti menjawab, bahawa dia memang sentiasa melakukan istighfar dan perkara itu sudah menjadi kebiasaannya.

Kemudian Imam Ahmad bertanya lagi, apakah ganjaran yang diperolehi dengan amalan yang dilakukannya. Imam Ahmad sengaja bertanya sedangkan beliau sudah tahu kelebihan dan faedah istighfar. Pembuat roti itu menjawab, “Demi Allah, selama ini tiada doa yang Allah tidak perkenankan kecuali satu.”

“Apakah doa tersebut?” tanya Imam Ahmad.

“Saya berdoa supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad Ibn Hanbal”, jawah si pembuat roti.

“Saya Ahmad Ibn Hanbal!” mencelah Imam Ahmad lalu menambah

“Demi Allah! sesungguhnya aku dibawa oleh Allah kepadamu untuk memenuhi doamu”


Menghentikan hidung berdarah

Jika hidung berdarah, jangan panik, ada cara yang mudah dan sangat berkesan untuk menghentikan pendarahan. Dapatkan sehelai sirih. Daun sirih selalunya boleh di dapati di kedai runcit atau kedai menjual bunga.

Ambil hanya separuh dari daun sirih dan kerunyukkan daun sirih supaya aroma sirih keluar. Sumbat ke dalam hidung yang berdarah tersebut. Anda akan dapati hidung anda akan berhenti berdarah dengan cepat.

Saya pernah mencubanya dan masyaAllah sungguh mujarab.

Pahala 100 orang mati syahid

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)




Wednesday, May 9, 2012

Sifat-sifat yang mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat

  • Jangan jadikan orang kafir sebagai wali
  • Jangan jadikan orang Mukmin itu musuh
  • Belayarlah di dunia dengan bekalan takwa
  • Anggaplah dirimu sebagai orang yang mati
  • Syahadah memberi penyaksian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan risalah-Nya
  • Cukupkan atau lengkapkan dirimu dengan amalan yang soleh walaupun sedikit
  • Kalau kamu mahu benar dalam percakapan, lazimilah (biasakanlah) membaca surah al-Qadar
  • Kalau kamu mahu rezeki seperti hujan, selalulah membaca surah al-Falaq
  • Kalau kamu mahu selamat daripada kejahatan manusia, sentiasalah membaca surah An-Nas
  • Kalau kamu mahu rezeki dan keberkatan, lazimilah dirimu membaca
       Bismillahirrahmanirrahim, almalikul haqqul mubin ni'mal maula 
       wani'man nasir
       Surah al-Waqiah
       Surah Yasin
  • Kalau kamu mahu lepas dari kesusahan dan mencari jalan keluar daripada kesempitan dan dikurniakan rezeki tanpa disangka-sangka, lazimilah beristighfar

Petikan di atas adalah dari buku Syarah Al-Hikam yang diterjemah dan disusun semula oleh sekumpulan pencinta ilmu Tauhid dan Tasawuf yang diketuai oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kitab Al-Hikam boleh diperolehi di MPH

Kitab al-Hikam asal ditulis oleh Imam Ahmad Abul Fadhal atau nama sebenarnya Tajuddun Bin Muhammad Bin Abbdul Karim Bin Athaillah Iskandary, murid kepada al-Imam Abul Abbas al-Marsy.

Beliau yang lebih dikenali sebagai al-Imam Ibn Athaillah adalah seorang wali Allah, arif-billah dan ahli kasyaf. Beliau menganut ajaran tasawuf yang diajarkan oleh al-Imam abul Hasan al-Syazily.

Ketajaman fikiran serta kesufian cara hidup beliau telah mengolah kitab ini menjadi sumber ilmu Tauhid dan Tasawuf yang suci. Beliau juga diletakkan oleh pengikut sezaman dengannya sebagai seorang hamba Allah yang muqarrabin (orang yang paling hampir dengan Allah).

Al-Imam Ibn Athaillah meninggal dunia pada 1309H di Madrasah Perguruan al-Mansyuriah, Kaherah, Mesir.


Tuesday, May 8, 2012

Bila anak kena chicken pox

Ini pertama kali saya menjaga anak kena chicken pox. Sebut chicken pox, ia memang menakutkan dan ramai yang akan menjauhkan diri takut berjangkit.Memang chicken pox penyakit berjangkit.

Sebelum dikesan terkena penyakit chicken pox ni, anak saya mengadu sakit kepala, kemudian diikuti demam. Pada awalnya saya nampak ada hanya satu gelembung air kat paha dia. Saya mengesyaki kemungkinan anak saya terkena chicken pox, tapi tak begitu yakin sebab cuma ada satu saja gelembung air. Bila suhu badan menurun (demam hampir reda) barulah kelihatan bintik-bintik gelembung air tumbuh dengan banyak seluruh badan.

Petangnya bawa anak pergi doktor. Ingatkan ada ubat khas untuk chicken pox, rupanya doktor cuma bagi syrap anti histamine dan calamine lotion (ubat sapu cecair pekat seakan bedak air) dengan antivirus sebagai optional. Saya tanya doktor samada perlu elakkan dari makan makanan tertentu. Doktor kata dalam bidang perubatan moden tak ada makanan perlu dielakkan.

Macamanapun, atas nasihat orang tua-tua, pesakit kena elakkan dari makanan seperti seafood, ayam, telur, ikan bilis dan  banyak lagi. Makanan ini semua boleh menyebabkan kegatalan dan tak selesa. Hanya satu jenis ikan yang konfirm boleh makan iaitu ikan selar kuning.

Orang dulu-dulu juga mengesyorkan minum air kelapa. Apa justifikasi mimum air kelapa waktu kena chicken pox ni pun saya tak begitu pasti. Mungkin untuk menyejukkan badan supaya bintik-bintik chicken pox cepat keluar dan sekaligus cepat sihat. Menurut seorang rakan, chicken pox akan mula keluar bila demam hampir reda.

kelapa ambik dari pakcik google

Satu lagi cara mengubat demam chicken px cara tradisional ialah dengan tidur beralaskan daun semambu. Orang kata chicken pox alah dengan daun semambu. Daun semambu ni boleh diperolehi di kedai India yang jual bunga. Kalau di Shah Alam, pokoknya ada tumbuh kat belakang mahkamah. Kalau kgatalan boleh guna  daun semambu ni untuk menggaru. Caranya ambik seikat daun semambu, bersihkan dan biar hingga kering. Bila anak mengadu gatal, bolehlah guna seikat daun semambu tadi untuk menggaru....

Daun semambu dari pakcik google



Kerana dia seorang ibu


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

sumber : ohmedia

Sultan Muhammad al-Fateh sebaik-baik raja


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.


Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Artikel dari iluveislam.com sila klik untuk bacaan selanjutnya.

Wednesday, May 2, 2012

Hatiku terluka di Bukhara


Samarkhand dan Bukhara ditakluk pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian. Di sini lahirnya Imam Bukhari atau nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari Al Ju’fi. Beliau lebih terkenal dengan nama Imam Bukhari, karena beliau lahir di kota Bukhara, Uzbekistan.

Imam Bukhari buta mata semasa kecilnya. Sembuh berkat doa ibunya. Keliling dunia mencari ilmu.Dapat menghafal ratusan ribu hadits. Kitabnya menjadi rujukan utama setelah Al Qur’an.

Kota Bukhara adalah tempat yang paling cantik. Namun “Hatiku terluka di Bukhara” demikian judul sebuah buku tulisan Wan Hashim Wan Teh



Saduran dari facebook Pak Latib....jom kita cari dan baca....

Makanan untuk Pak Li

Entry kali ni saya ingin bercerita tentang seorang pakcik tua yang saya panggil Pak Li dalam lingkungan umur pertengahan 70an. Dengan fizikal yang rendah dan pengalaman hidup yang serba susah, wajahnya kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Mungkin disebabkan oleh kerja keras sewaktu mudanya hingga menjejak keusia tuanya. Dia mempunyai 2 orang anak permpuan, masing2 sudah brumahtangga. Hidup mereka juga serba kesusahan. Sekarang Pak Li tinggal berdua dengan isterinya saja.

Sesekali balik ke kampung, pasti ada kelibatnya di rumah ayah. Selalunya dia akan datang ke rumah ayah di waktu pagi. Sebelum ni saya tak begitu tahu sangat pasal kehidupan dia. Satu hari mak bercerita tentang kesusahan hidup Pak Li yang umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

"Kalau dia tau kau nak balik kampung, dia mesti datang sini pagi-pagi sebab dia tau kau akan hidangkan sarapan untuk dia kalau kau ada. Kalau kau tak ada, mak cuma makan kopi dengan kuih ja pagi2 macam ni, jadi mak cuma hidangkan yang tu juga untuk dia"

"oo patut la, dia selalu ja ada sini kalau orang balik"

Mungkin kepulangan saya di kampung, bukan saja memberi kegembiraan pada mak dan ayah, tapi juga Pak Li turut seronok dengan kepulangan saya.

Saya bukanlah nak bercerita tentang kemurahan hati saya menghidangkan sarapan pagi untuk Pak Li. Apa yang terbayang ialah betapa berbezanya kehidupan Pak Li dengan kehidupan orang-orang yang mewah 'di sana'. Mungkin RM 100k, 300k, 250j....dan sebagainya cuma pandangan fatamorgana untuk orang sepertinya dan juga penduduk marhaen yang lain yang setiap hari bekerja keras hanya untuk memastikan mereka mendapat makanan yang cukup....hati saya sesekali terhiris

Kekuasaan yang berada di tangan kamu


Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz menasihati gabenor-gabenor di bawah pemerintahannya:

“Kekuasaan yang berada di tangan kamu, memungkinkan kamu menzalimi rakyat. Bila terasa dihatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri kamu.”

“Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang ditimpakan pada rakyat akan tetap tercatat dalam daftar dosa. Ketahuilah, bahawa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya.”

Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya



3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak

Tip mudah rezeki dan kehidupan diberkati





1. Pastikan anda solat 5 waktu

2. Amalkan solat sunat dhuha

3. Amalkan membaca surah al-Waqiah setiap malam

4. Sentiasa beristighfar dan berselawat

5. Lakukan solat tahajjud

6. Kasihani dan hormati ibu bapa

7. Selalu bersedekah

Amalkan secara istiqamah, insyaAllah mujarab.....jom kita lakukan

Tuesday, May 1, 2012

Menguatkan minda dan mencerdaskan fizikal

Ini adalah petua yang saya dapat dari kitab lama yang dah kuning di rumah ayah saya. Ia mungkin milik tok wan saya dulu yang dijaga oleh ayah. Kulit depan dan belakang dan tertanggal. Menurut pengarang, dia telah mengamalkan petua ini dan mujarab untuknya.

Caranya ialah:

Waktu pagi, makan 5 hingga 7 biji badam bersama susu segar
Makan setiap pagi ataupun sekurang-kurangnya 10 hari sebulan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook