Monday, April 2, 2012

5 Minit lagi yang menipu

Ia selalu terjadi pada kebanyakan orang. Secara jujur saya sendiri juga mengalaminya. Ia terjadi terutamanya ketika jam berbunyi untuk solat malam dan solat subuh. Setelah terjaga, kita selalu berkira-kira...tidur 5 minit lagi la. Dingin malam diiringi rasa mengantuk membuatkan kita sukar meninggalkan tempat tidur, mengambil wudhuk dan solat. Dan selalunya jika ada 'niat' lima minit lagi, ia jarang menjadi tepat. Selalunya ia menjadi terlebih setengah jam atau sejam kemudian atau tidak langsung.

5 minit yang menipu dan menyebabkan orang yang memasang 'niat' begitu selalu kerugian. Jadi hindarkan 'niat' 5 minit lagi atau setengah jam lagi.

Jika dibandingkan dengan nikmat '5 minit lagi' dengan solat malam yang tertunai..ia apalah sangat. Allah menjanjikan berbagai nikmat di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat untuk orang yang mnunaikan solat malam.


Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79). 

3 comments:

  1. Betul, perkara ini selalu terjadi kat saya..kenal cekalkan hati utk bgn malam..alasan 5 minit,hny utk sedapkan hati..

    ReplyDelete
  2. memang susah nak buat perkara yang baik..

    ReplyDelete
  3. tidak susah asalkan hati benar2 mahu..

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook