Wednesday, February 22, 2012

Solat khusyuk, mustahilkah?

Setiap orang yang mengerjakan solat, pasti mengimpikan solat yang khusyuk dan diterima Allah. Namun pernahkah kita terfikir dan berikhtiar untuk mendapatkan solat yang khusyuk?

Antara petanda-petanda solat tidak khusyuk sangat mudah dikenalpasti, antaranya ialah

1. Lupa bilangan rakaat

2. Solat tapi tidak tahu apa yang dibaca, ianya hanya di mulut tetapi tidak di hati dan kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita baca kerana ianya sudah menjadi rutin. Sedar-sedar kita sudah rukuk

3. Kita tidak pasti samaada kita melakukan toma'ninah atau tidak

4. Pemikiran kita sesekali berputar pada perkara yang berlaku diluar solat.


Mendapat solat yang khusyuk kelihatan mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ada orang yang bertahun-tahun solat, tetapi tidak pernah khusyuk. Solat dilakukan hanya untuk melengkapkan rutin untuk hari itu. Malah, ada yang meninggalkan solat kerana tidak merasa kelazatan solat dan tidak terfikir akan azab api neraka akibat meninggalkan solat.

Mendapat solat yang khusyuk adalah satu anugerah. Lalu bagaimanakah untuk mendapat solat yang khusyuk? Ada ustaz yang menyarankan supaya mengawal pemikiran sewaktu solat. Namun ia tidak mudah bagi sesetengah orang. Ada yang memberi pendapat-pendapat seperti berikut :

1. Fahami setiap bacaan di dalam solat
2. Lakukan solat dengan santai, tidak terburu-buru supaya cepat selesai
3. Setiap pergerakan dan lafaz dilakukan dengan kehadiran hati
4. Merasakan bahawa Allah mengawasi kita
5. Lakukan solat diawal waktu supaya kita tidak terburu-buru dikejar waktu

Ada sesiapa lagi hendak menambah untuk mendapatkan solat khusyuk?
Ada ulama berpendapat solat tidak khusyuk disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Maka kita perlu bertaubat dan beristighfar agar Allah mengampuni kita.

Firman Allah dalam surah Al Mukminun:
Mengikut Hujjatul  Islam Imam al Ghazali ,  khusyuk itu merupakan kemestian (fardhu) di dalam sembahyang. Maksudnya, jika sembahyang itu tidak khusyuk tidaklah terpakai sembahyang itu.
Jelasnya orang-orang Mukmin yang berjaya ialah kerana khusyuk di dalam sembahyangnya, jika tidak khusyuk bererti gagal.

Pendapat Imam  al Ghazali mengenai kemestian khusyuk di dalam sembahyang ini bertentangan dengan kebanyakan (jumhur) ulama dan persepakatan (ijma’) ulama fekah yang menetapkan; khusyuk tidak menjadi syarat wajibnya sembahyang, hanyalah menjadi syarat untuk mendapatkan pahala daripada Allah dan mencapai redhaNya. Bererti, sembahyang tanpa khusyuk adalah sah, tetapi jika dengan khusyuk maka dia adalah lebih utama lagi. 



5 comments:

  1. salam... saya nak tambah...
    jika nak khusyuk dalam sembahyang hendaklah meninggalkan dunia... ketika solat jangan fikirkan dunia...

    ReplyDelete
  2. wsalam. tidak semudah itu nak khusyuk.kekadang separuh jalan saja khusyuk, sedar tak sedar fikiran melayang ke tempat lain.camana nak tinggalkan dunia? satu tugas yang berat tu apatah lagi tinggal di kl. apa yang boleh ialah terus berusaha dan doa supaya dikurniakan nikmat beribadah serta berusaha menjauhi larangannya.

    ReplyDelete
  3. memang benar...sukar meninggalkan dunia ketika solat, walaupun pada awalnya ok, dipertengahannya fikiran seakan melayang entah ke mana...
    pada pendapat saya, sentiasa mengingati Allah di luar solat akan membantu kita lebih khusyuk dlm solat...contohnya jika kita sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah dari dasar hati, ia dapat juga membantu khusyuk di dalam solat...selain itu mohon prtolongan dari Allah agar kita mndapat solat yang khusyuk..amin ya Rabb

    ReplyDelete
  4. Salam,saya cuba banyak baca istigfar sebelum solat kerana dosa yang lalu dan juga yang tidak sedar.

    ReplyDelete
  5. Salam.semoga kita dapat mencapai solat yang khusyuk disisi Allah..

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook