Tuesday, February 28, 2012

Kisah gabenor yang zuhud – Abu Ubaidah


Di zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Abu Ubaidah dipecayai sebagai Ketua Pengawas Perbendaharaan Negara. Beliau juga diangkat menjadi gabenor Syam. Jabatan ini dipegang oleh Abu Ubaidah sehingga zaman Umar al-Khattab.

Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab hendak berkunjung ke rumah si gabenor.

“Sesungguhnya aku takut kau tidak kuasa menahan airmatamu begitu mengetahui keadaanku nanti.” Katanya.

Namun si khalifah tetap memaksa.

Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar untuk berkunjung. Setibanya Umar di rumah Abu Ubaidah, sungguh terkejut beliau menyaksikan pemandangan di hadapannya. Beliau mendapati rumah si gabenor kosong. Tidak ada perabot yang mengisi rumah sederhana tersebut.

Umar bertanya, “Hai  Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain kain lusuh  dan sebuah piring besar itu, padahal engkau seoang gabenor?”

Umar kembali bertanya, “ Adakah kau memiliki makanan?" Abu Ubaidah lalu berdiri dari duduknya menuju ranjang dan memungut arang yang ada di dalamnya.

Umar pun tak kuasa menahan airmatanya tatkala melihat keadaan gabenor seperti itu.  Abu Ubaidah pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah aku katakana tadi bahawa kau ke sini hanya untuk menangis.”

Umar menjawab, “Ya Abu Ubaidah, ramai di antara kita orang-orang yang tertipu dengan godaan dunia.”

Thursday, February 23, 2012

Nikah khitbah altenatif kepada zina


Nikah Khitbah satu Alternatif untuk mengelak berlakunya pembuangan bayi...Islam itu mudah dan tidak menyekat fitrah manusia...

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.

Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam .

Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


atrikel penuh di sini http://www.eperjuangan.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

sumber : ambilan dari facebook

Prestasi cemerlang selepas kahwin

Benarkah prestasi akademik lebih cemerlang selepas kahwin? Ia sesuatu yang nampak macam betul. Ini berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang mana CGPA mereka naik beberapa mata selepas kahwin.

Beberapa bulan lepas saya ada berjumpa dengan seorang rakan sekelas sekolah yang tamat dari Al-azhar dalam bidang syariah.  Dia mengakui prestasinya meningkat selepas kahwin. Kalau dulu nak dapat pangkat jayyid dalam sesetengah subjek yang dikatakan sukar, baginya selepas kahwin dia dapat memperolehinya dengan agak mudah. Bayangkan sewaktu dia melanjutkan pelajaran di Al-Azhar, anaknya sudah 5.

Ada rakan sekampung saya yang berkahwin semasa di tahun 2 universiti, mampu mendapat kelas pertama, sedangkan rakan-rakan lain yang tidak berkahwin, mereka hanya dapat kelas kedua saja. Rakan sekampung saya ni asalnya bukan budak yang cemerlang sangat. Keputusan peperiksaan sewaktu di sekolah menengah dulu biasa-biasa saja. Namun atas kegigihannya, dia berjaya menjejakkan kaki ke IPTA.

Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat. Namun begitu, jika berkahwin sewaktu belajar, pelajar harus lebih berdisiplin menguruskan masa, membahagikan antara pelajaran dan rumahtangga.


Saya menyokong perkahwinan sewaktu belajar, asalkan sekiranya ia tidak menyusahkan ibubapa. Lebih baik berkahwin dari berpacaran atau berdating tanpa hubungan yang halal. Hidup akan lebih berkat dan kita akan lebih fokus pada pelajaran.

Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.  Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.

Walhal nikah itu mudah sahaja. Ianya perlu ada mas kahwin dan mematuhi rukun nikah sahaja. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Kita yang menyukarkan ia dengan berbagai adat dan ada sesetengahnya bangga dengan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi hingga boleh mengundang riak.

Wednesday, February 22, 2012

Adik Faris, pergi untuk selamanya

Pagi tadi sekitar jam 11 pagi, saya mendapat panggilan dari seorang rakan memaklumkan bahawa Faris, anakanda kepada sahabat lama kami Zuraine dan Shamrulismawi telah pulang kerahmatullah setelah 23 hari di rawat di Sime Darby Health Centre. Tiada apa yang mampu terucap, hanya airmata yang menitis mengenangkan dugaan yang dialami oleh anak ini dan ibubapanya.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Faris Nur Daniel
(gambar ambilan dari blog Mazidul)

Anak comel yang berusia 6 tahun ini menghidap penyakit barah darah. Dia dikatakan pada mulanya demam.  Ibubapanya membawanya ke Sime Darby Health Centre  dan kemudian disahkan menghidap penyakit tersebut. 

Bil rawatan hospital sepanjang tempoh 23 hari mencecah hampir RM100,000. Akhirnya bil rawatan dapat dijelaskan dengan sumbangan yang diperolehi dari pembaca blog dan laman sosial. Begitu hebatnya peranan media dalam membantu ibubapa adik Faris melangsaikan masalah bil yang ternyata sangat tinggi. 

Selain dari anak ini, pasangan Shamrulismawi dan Zuraine mempunyai dua lagi anak berusia 13 dan 10 tahun. 

Mereka adalah rakan yang mempunyai komunikasi yang berhemah yang selalunya perbualan diiringi dengan gurauan yang menghiburkan. Mereka rakan yang menyenangkan.

Semoga ibubapanya tabah menghadapi saat-saat ketiadaan Faris di sisi. Semoga anak comel ini tenang dan damai di alam barzah. Allah lebih menyayanginya. Di sana syurga menantimu, anak.

Sesiapa yang membaca entri ini, sudi-sudilah sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Faris.

Begitulah ketentuan Allah, tidak akan terlambat atau cepat walau sesaat. 


Solat khusyuk, mustahilkah?

Setiap orang yang mengerjakan solat, pasti mengimpikan solat yang khusyuk dan diterima Allah. Namun pernahkah kita terfikir dan berikhtiar untuk mendapatkan solat yang khusyuk?

Antara petanda-petanda solat tidak khusyuk sangat mudah dikenalpasti, antaranya ialah

1. Lupa bilangan rakaat

2. Solat tapi tidak tahu apa yang dibaca, ianya hanya di mulut tetapi tidak di hati dan kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita baca kerana ianya sudah menjadi rutin. Sedar-sedar kita sudah rukuk

3. Kita tidak pasti samaada kita melakukan toma'ninah atau tidak

4. Pemikiran kita sesekali berputar pada perkara yang berlaku diluar solat.


Mendapat solat yang khusyuk kelihatan mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Ada orang yang bertahun-tahun solat, tetapi tidak pernah khusyuk. Solat dilakukan hanya untuk melengkapkan rutin untuk hari itu. Malah, ada yang meninggalkan solat kerana tidak merasa kelazatan solat dan tidak terfikir akan azab api neraka akibat meninggalkan solat.

Mendapat solat yang khusyuk adalah satu anugerah. Lalu bagaimanakah untuk mendapat solat yang khusyuk? Ada ustaz yang menyarankan supaya mengawal pemikiran sewaktu solat. Namun ia tidak mudah bagi sesetengah orang. Ada yang memberi pendapat-pendapat seperti berikut :

1. Fahami setiap bacaan di dalam solat
2. Lakukan solat dengan santai, tidak terburu-buru supaya cepat selesai
3. Setiap pergerakan dan lafaz dilakukan dengan kehadiran hati
4. Merasakan bahawa Allah mengawasi kita
5. Lakukan solat diawal waktu supaya kita tidak terburu-buru dikejar waktu

Ada sesiapa lagi hendak menambah untuk mendapatkan solat khusyuk?
Ada ulama berpendapat solat tidak khusyuk disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Maka kita perlu bertaubat dan beristighfar agar Allah mengampuni kita.

Firman Allah dalam surah Al Mukminun:
Mengikut Hujjatul  Islam Imam al Ghazali ,  khusyuk itu merupakan kemestian (fardhu) di dalam sembahyang. Maksudnya, jika sembahyang itu tidak khusyuk tidaklah terpakai sembahyang itu.
Jelasnya orang-orang Mukmin yang berjaya ialah kerana khusyuk di dalam sembahyangnya, jika tidak khusyuk bererti gagal.

Pendapat Imam  al Ghazali mengenai kemestian khusyuk di dalam sembahyang ini bertentangan dengan kebanyakan (jumhur) ulama dan persepakatan (ijma’) ulama fekah yang menetapkan; khusyuk tidak menjadi syarat wajibnya sembahyang, hanyalah menjadi syarat untuk mendapatkan pahala daripada Allah dan mencapai redhaNya. Bererti, sembahyang tanpa khusyuk adalah sah, tetapi jika dengan khusyuk maka dia adalah lebih utama lagi. 



Tuesday, February 21, 2012

Cerita tentang syria


SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“

Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Berdasarkan amanat tersebut, kutipan derma dilancarkan bagi membantu rakyat Syria yang tertindas. Kutipan derma dianggarkan berjumlah RM38,000 termasuk mata wang asing seperti USD, Won, NZD, SGD, Rupiah dan Iraq Dinar. VCD 'Syria Revolution' yang dijual IKRAMedia, dengan semua keuntungannya disalurkan kepada Tabung Syria juga habis dalam masa yang singkat.
Program anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu diadakan di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia di sini Selasa lalu dan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli IKRAM. Terdahulu, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran Dr Khalid.

Turut hadir adalah Pengerusi JK Antarabangsa IKRAM Pusat Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Timbalan Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar yang bertugas sebagai penterjemah. Bertindak mengacarakan majlis pada malam itu adalah Yang Dipertua IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
Majlis ditutup dengan bacaan doa penuh syahdu seluruh hadirin yang dipimpin oleh Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.

Akibat kurang sopan


Apabila Imam Syafie menyatakan hasratnya untuk berguru dengan Imam Maliki di Madinah, gabenor di Mekah memberinya dua pucuk surat. Kedua-dua surat itu ditujukan kepada gabenor Madinah dan Imam Maliki.

Oleh kerana terlalu gembira kerana mendapat dua surat tersebut Imam Syafie terus pulang ke rumahnya dalam keadaan terburu-buru. Sudah lama beliau tidak bertemu ibunya kerana menuntut ilmu. Beliau terus mengetuk pintu dengan agak kuat dan memanggil ibunya juga dengan suara yang kuat.

“Siapakah yang mengetuk pintu?”

“Saya Syafie, ibu.”

“Pergilah belajar lagi ilmu kesopanan terlebih dahulu. Selepas itu, baru pulang ke rumah,” kata ibunya dengan tegas.

Si ibu bukanlah tidak berasa rindu dengan Imam Syafie yang telah lama terpisah dengannya. Cuma dia mahukan anaknya di samping menjadi orang berilmu, beliau mestilah seorang yang berakhlak. Sekiranya beliau berkasar, apa akan jadi pada generasi yang akan datang yang tentu akan mengambil contoh daripadanya?

Monday, February 20, 2012

Awas: perkara yang merosakkan Iman


Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: I’tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, iaitu;
1)      I’tiqad bahawa alam ini qadim,tidak ada penciptanya atau alam ini kekal selama-lamanya.

2)      I’tiqad bahawa pencipta alam ini baru atau menyerupai mana-mana makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu ataupun mempunyai anak isteri atau berbilang-bilang ataupun menerima mati.

3)      I’tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan  oleh Rasulullah S.A.W atau I’tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutkan Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir atau I’tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad S.A.W untuk orang-orang Arab sahaja atau I’tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W adalah hukum yang lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman atau I’tiqad mengingkari mana-mana rasul Tuhan atau I’tiqad bahawa ada lagi nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan Allah swt membawa Syariat.

4)      I’tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala,tidak ada Syurga dan Neraka,tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati,tidak ada Hari Kiamat dan segala perkara yang berlaku  padanya.

5)      I’tiqad bahawa roh orang mati berpindah dari satu tubuh ke tubuh yang lain.

6)      I’tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.

7)      Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu daripada perkara di atas.

8)      Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak. Atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.


Kedua: Perkataan.

Iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci atau menghina,merendahkan,mengejek-ngejek dan mempermainkan nama Allah swt, sifat-sifat-Nya,malaikat-malaikat-Nya, hukum-hukum-Nya,ayat-ayat-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.
Juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ mensabitkannya atau menafikannya, serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkataan itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1)      “Hukum apa ini?”

2)      “Hukum ini sudah lapuk.”

3)      “Zaman sekarang tak patut mengharamkan riba kerana menghalang kemajuan.”

4)      “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu berbungkus-bungkus.”

5)      “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya.”

6)      “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadah apa salahnya?”

7)      “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya?”

8)      “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tidak akan maju.”

9)      Berkata: “Perbuatan demikian tidak beradab” - apabila diceritakan bahawa Nabi 
Muhammad S.A.W menjilat sisa makanan di jarinya selepas makan.

10)  Berkata “Aku tidak mahu memotong kuku walaupun sunat” - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11)   Berkata: “Si anu sudah menyalak” - semasa ia mendengar azan.

12)  Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadis-hadis Nabi Muhammad dan nama-nama Allah swt dengan cara mempersendakan dan mempermain-mainkannya.

13)  Kata-kata mengkafirkan orang Islam, padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sebab untuk menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

14)  Kata-kata yang menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan, misalnya:

                             i.     Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: “Kalau aku lakukan perkara itu maka jadilah aku kafir.” Sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara tersebut,maka jadilah ia kafir, kecuali kata-katanya itu dituturkan dengan tujuan hendak melepaskan diri daripada tuduhan itu sahaja, bukan redha menjadi lafir.
Sungguhpun demikian, ia telah menjadi dosa besar dengan kata-kata tersebut. Dan sekiranya ia benar, yakni tidak melakukan perkara tersebut, tidaklah ia menjadi kafir,tetapi ia berdosa kerana perkataannya itu memberi erti ketiadaan tetap keazamannya  berpegang teguh kepada agama Islam.

                           ii.     Seseorang diingatkan supaya jangan berzina umpamanya lalu ia berkata “Kalau aku berzina maka kafirlah aku”.  Sekiranya kata-kata itu dilemparkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan berzina seperti tidak redha menjerumuskan dirinya menjadi kafir maka tidaklah ia menjadi kafir. Tetapi ia berdosa dengan menggunakan perkataan tersebut dengan alasan tersebut, dan sekiranya kata-katanya itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia melakukan zina,maka ia menjadi kafir. Kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, ia kafir [murtad]. Wal‘iyaazu billah.

Ketiga: Perbuatan

1)   Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan  untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah swt, seperi sujud kepada makhluk walaupun dengan niat tidak menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduknya kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurangnya ruku’ sembahyang  dengan tujuan menghormatinya sama seperti Allah swt. Kalau bukan dengan tujuan tersebut ia tidak menjadi murtad tetapi hukumnya tetap haram.

2)   Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.

3)   Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza Wajalla.

4)   Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis, nama-nama Tuhan , Rasul-rasul,Malaikat-malaikat, ilmu agama di tempat yang kotor  dengan tujuan menghina, kalau tidak dengan tujuan tersebut ia tetap HARAM. Demikian juga haramnya menggunakan kertas-kertas yang megandungi  ayat-ayat suci, hadis-hadis, nama-nama Tuhan, rasul-rasul, malaikat-malaikat dan ilmu agama untuk membungkus dan mengesat serta menyapu sesuatu. Kalau dengan tujuan mempersenda maka orang tersebut menjadi murtad.

5)   Meninggalkan sembahyang
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu jika ia ingkar wajibnya, jadilah ia kafir keluar dari agama Islam, kerana ia mengingkari satu daripada perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara tersebut adalah wajib atas setiap orang-orang Islam yang sihat akalnya dan cukup syaratnya.
Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, padahal ia I’tiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini, alim ulama berselisih kepada tiga pendapat:

                             I.     Orang itu tidak menjadi kafir tetapi ia menjadi fasik yang wajib atas pihak berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu melakukan taubat, maka kenalah dilakukan ke atasnya ‘hukuman had’ iaitu dibunuh dengan pedang.

                          II.     Orang itu menjadi kafir juga, sama seperti dengan keadaan yang mengingkari wajibnya.

                        III.     Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tetapi dita’zirkan dengan dipenjarakan sehingga ia megerjakan sembahyang.

         Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingatkan bahawa seseorang yang cintakan keselamatan  dan kebahagiaan dirinya dan agamanya, jangan sesekali mendekati, apalagi melakukan perkara yang hukumnya berkisar di antara murtad dan dosa besar. Semoga Allah swt selamatkan kita dengan Taufiq dan Hidayah-nya.


Petikan dari Kitab “Mestika Hadis Rasulullah SAW”, Jilid 1, Bab 7. Keluaran JAKIM
Sumber : Abu Anas Madani

Petua mengelak dari lupa

Dari Al-Mughirah bin Subai' dan dia termasuk salah satu sahabat Abdullah berkata,
"Barangsiapa membaca 10 ayat dari surah Al-Baqarah sebelum tidur, dia tidak akan lupa Al-Quran;
4 ayat pertama, ayat Kursi, 2 ayat sesudahnya dan tiga ayat terakhir".
Ishaq berkata "Tidak lupa apa yang telah dihafal".
(Diriwayatkan Ad-Darami)

4 ayat pertama surak Al-baqarah




Ayat Kursi




2 ayat sesudah ayat kursi





3 ayat terakhir surah Al-baqarah








Sunday, February 19, 2012

Sebab-sebab seseorang itu mendapat hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di anatara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.



sumber:  http://halaqah.net 

Bersalam dengan bukan muhrim


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)

Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyentuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

Friday, February 17, 2012

Pintu Syurga


“Di surga terdapat delapan pintu. Ada pintu yang namanya Ar-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang puasa.” Bukhari dan Muslim

“Barang Siapa yang berinfak dengan sepasang unta atau kuda atau lainnya di jalan Allah swt., maka ia dipanggil dari pintu-pintu surga". 

“Wahai hamba Allah, pintu ini lebih baik. Barang Siapa yang rajin shalat, maka ia dipanggil di pintu shalat. Barang Siapa berjihad, maka ia dipanggil di pintu jihad. 

Barang Siapa rajin bersedekah, maka ia masuk dari pintu sedekah. Dan barang siapa puasa, maka ia dipanggil dari Ar-rayyan."

Abu Bakar berkata,”Wahai Rasulullah, apakah setiap orang dipanggil dari pintu-pintu tersebut? Adakah ada orang yang dipanggil dari semua pintu tersebut? Rasulullah saw. menjawab,”Ya, dan aku berharap engkau termasuk dari mereka.”

Siapa di antara kalian yang berwudhu kemudian menyempurnakan wudhunya lalu membaca Asyhadu an laa ilaaha illallahu wahdahulaa syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluhu, maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah delapan dan ia masuk dari mana saja yang ia sukai.” Imam Muslim

Umar al-Khattab


Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam berkumpul dengan para Sahabatnya, Beliau berkata pada Umar al Khattab.

“Cuba ceritakan kepadaku yang boleh membuat aku tertawa dan membuat aku menangis.”

Maka Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu.”

“Selesai menyembah berhala itu aku berasa lapar lalu pergi ke dapur, tak kudapatkan walau sedikitpun makanan lalu aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu Tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu, akhirnya dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang kusembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi.”

Mendengar cerita Umar al Khattab itu Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya, Beliau pun bertanya,

”Dimana akalmu waktu Itu?”

Umar al Khattab menjawab, “Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar al Khattab. "Ceritakan kepadaku perkara yang boleh membuat aku menangis?"

Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu aku ada seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju, aku mulai menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku membersihkannya.

“Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak perempuanku kedalam lubang. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang."

Mendengar cerita itu maka menitik air mata Rasulullah SAW…

(petikan dari Kisah-Kisah Islam Syeikh Mustafa Shadiq Rafi, Syeikh Ali al Thonthowi dan Syeikh Muhibuddin Al Khotib)

Kisah di atas adalah cerita Umar Al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya menegakkan Islam. Beliau adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Kisah lanjut tentang Umar Al-Khattab ini boleh didapati dalam Novel Sejarah Islam oleh pak Latib. Tolong promote untuk pak Latib :)


Thursday, February 16, 2012

Jauhi zina

"Hati-hatilah kamu daripada bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang lelaki yang berduaan dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya." (Riwayat Al-Hakim)

"Jika seorang berzina, maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan apabila ia menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya." (Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)

" Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat menganggu ahli neraka lain kerana sangat busuk." (Riwayat Al-Bazaar)

"Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya sama sahaja." (Sahih Muslim).

"Awaslah kamu daripada berdua-duaan dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tanganNya. Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan wanita melainkan dimasuki syaitan antara keduanya." (Riwayat At-Tabarani)


"Seorang yang berzina atau minum khamar, maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis(baju) dari kepalanya."(Riwayat Al-Hakim)

"Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim).



" Dan seorang yang bersentuhan dengan babi yang berlumpuran dengan lumpur yang busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya."

Wednesday, February 15, 2012

Mimpi Rasulullah SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad .a.w. bersabda;
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tuesday, February 14, 2012

PUM: Islam larang sertai upacara bertentangan aqidah


Semua pihak khususnya umat Islam diminta lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu pembabitan orang Islam dalam sambutan atau upacara keagamaan masyarkat bukan Islam kerana ia mempunyai hubungkait dengan aqidah, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Menurut setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor, persatuan itu berpandangan isu berkaitan pembabitan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.

“Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam".

Monday, February 13, 2012

10 Wasiat Rasulullah kepada anaknya

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kabaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan taraf wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikannya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seseorang yang meminyaki rambut anak-anaknya, lalu menyisirnya dan menyuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah jiran yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum dari telaga Kauthar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan tadi adalah redha suami kepada isterinya. Andaikata suamimu tidak redha padamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, malaikat akan memohon ampun baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akanmendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala mengerjakan seribu haji dan umrah, dan seribu malaikat memohon ampun baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah isteri yang melayan suaminya sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan padanya pakaian di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan setiap rambut ditubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberi kepanya pahala seratus kali haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah dirimu wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini

Saturday, February 11, 2012

Hari Valentine: Tinggalkan budaya Kristian


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Teks khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam.

Teks khutbah Jakim bertajuk “Awas Jerat Valentine” berkata selain bercanggah dengan akidah umat Islam, ia juga boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala melalui istilah-istilah yang digunakan.

“Sedar atau tidak jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine?’ maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah.

“Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’ dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala,” kata teks khutbah itu.

Kata khutbah itu, sambutan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan amalan meraikannya adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
“Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam,” katanya.

Sementara itu teks khutbah Jumaat terbitan Jawi bertajuk “Butakah Cinta?” berkata ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami pengertian sambutan Hari Valentine.

“Persoalannya.. Pernahkah kita bertanya, dari manakah datangnya budaya ini? Wajarkah ianya diterima sebagai suatu sambutan tahunan yang patut dirai? Apakah ada natijah baik untuk kita umat Islam yang boleh dibanggakan dari sambutan ini? Mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan mereka tidak tahu dan tiada maklumat tentang perkara ini,” katanya.

Jelas khutbah itu, tanggal 14 Februari dinamakan Hari Valentine bersempena kejayaan kerajaan Kristian menumbangkan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.

“Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim.  Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.

“Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani?,” katanya.

Kedua-dua teks khutbah itu meminta umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Valentine selain tidak terpengaruh dengan budaya barat.

Pemuda PAS sebelum ini diketahui umum menentang keras sambutan Hari Valentine di kalangan umat Islam kerana ia dikatakan menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral.

Sayap pemuda itu turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini.
Tahun lalu Pemuda PAS melancarken kempen Ekspedisi Dakwah dengan memberi tumpuan remaja Islam pada malam sebelum sambutan Hari Valentine.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Friday, February 10, 2012

BIODATA RASULULLAH SAW


• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Kredit | Oh! Media

Thursday, February 9, 2012

Tanda kematian yang mulia


1.  Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2.  Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3.  Wafat pada hari atau malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4.  Mati syahid di dalam medan perang.

5.  Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6.  Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.  Mati kerana tenggelam.

8.  Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.  Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10.  Mati terbakar.

11.  Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12.  Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13.  Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14.  Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15.  Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16.  Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

Tuesday, February 7, 2012

Ciri-Ciri Ulama


1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Tidak menjadikan ilmunya sebagai barang dagangan

4. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

5.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang soleh

6.Apabila berada di dalam majlisnya maka dia bersabar atas orang yang lambat faham dengan penerangan agamanya sehingga dia menjawab dengan lembut dan beradab.

7. Ulama mesti beramal dengan ilmunya

8. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkan fitnah di kalangan orang muslimin maka dia mengelak dan minta supaya soalan itu ditanya kepada orang yang lebih alim daripadanya

9. Ulama tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

10.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

11. Sentiasa berzikir kepada Allah .

12.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

13.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

14. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

15. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

16.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

17. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

18. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

19.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

20.Sentiasa dahagakan ilmu.

21.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

22.Para ulama adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW .

23. Ikhlas dan bertakwa kepada Allah

24. Bertolak ansur dan tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab yang empat

Malaikat tak mampu menghitung jumlah pahala selawat


Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika aku di dalam perjalanan di malam hari untuk mi'raj ke langit, aku melihat ada malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan di setiap tangannya seribu jari-jemari. Ketika ia sedang menghitung dengan jari-jarinya, aku bertanya kepada Jibril: Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang ia hitung? Jibril menjawab: Ia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal dan mengetahui setiap titisan hujan yang telah diturunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepada malaikat itu: Apakah kamu mengetahui berapakah jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulallah, demi Allah yang telah mengutusmu yang membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara tepat berapakah jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di atas bangunan, di kebun-kebun, di daratan yang bergaram, dan di tanah perkuburan.

Rasulullah SAW bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam menghitung. Ia berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan hitung tangan dan jari-jemariku. Rasulullah SAW bertanya: Menghitung apakah itu? Ia menjawab: Aku tidak mampu menghitung jumlah pahala untuk selawat yang disampaikan oleh sekelompok ummatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

(Al-Mustadrah, Syeikh An-Nuri, 5: 355, hadis ke 72)

Monday, February 6, 2012

Rumah Rasulullah SAW


Penceritaan dari Umar Al-Khattab r.a, dari sebuah hadis yang panjang: "...Aku lalu segera masuk menemui Rasulullah yang sedang berbaring di atas sebuah tikar. Aku duduk di dekatnya lalu beliau menurunkan kain sarungnya dan tidak ada sesuatu lain yang menutupi beliau selain kain itu. Terlihatlah tikar telah meninggalkan bekas di tubuh beliau.

Kemudian aku melayangkan pandangan ke sekitar kamar beliau. Tiba-tiba aku melihat segenggam gandum kira-kira seberat satu sha‘ dan daun penyamak kulit di salah satu sudut kamar serta sehelai kulit binatang yang belum sempurna disamak. Seketika kedua mataku meneteskan air mata tanpa dapat kutahan.

Rasulullah bertanya: Apakah yang membuatmu menangis, wahai putera Khattab? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, bagaimana aku tidak menangis, tikar itu telah membekas di pinggangmu dan tempat ini aku tidak melihat yang lain dari apa yang telah aku lihat. Sementara kaisar (raja Romawi) dan kisra (raja Persia) bergelimang buah-buahan dan sungai-sungai sedangkan engkau adalah utusan Allah dan hamba pilihan-Nya hanya berada dalam sebuah kamar pengasingan seperti ini. Rasulullah lalu bersabda: Wahai putra Khattab, apakah kamu tidak rela, jika akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka? (Sahih Muslim- 2704)

Thursday, February 2, 2012

Saat Kewafatan Rasulullah

Muhammad Rasulullah SAW adalah tauladan terbaik untuk umat manusia. Kerana pengorbanan bagindalah kita menghirup nikmat iman dan Islam. Kerana bahinda, kita kenal siapa Pencinpta kita. Bayangkan di awal penghijrahan baginda dari Makkah ke Madinah, baginda merentasi tanah yang tandus dan berbatu batan serta panas terik sejauh lebih kurang 400km. Baginda berulang alik antara Makkah dan Madinah dalam usaha mengembangkan syiar Islam.


Baginda tidak dilimpahi nikmat kemewahan harta benda di dunia ini. Baginda pernah mengalami kelaparan berhari-hari. Peribadinya dihiasi dengan sifat sabar dan takwa yang tiada tandingan. Baginda pemuda maksum ciptaan Allah yang paling istimewa di atas muka bumi. 



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan.

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Sebagai mengingati kembali detik pemergian Rasululah SAW, mari kita tonton video ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook