Tuesday, January 10, 2012

Doa ibu lebih mustajab dari doa bapa

Para ibu-ibu, banyakkan berdoa untuk anak kerana doa ibu untuk anak-anaknya lebih mustajab dari doa bapa. Elakkan dari mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang anak-anak biarpun perangai mereka kadang-kadang menguji kesabaran. 

Di saat kesabaran teruji, mohonlah pertolongan Allah supaya Allah menetapkan kesabaran kita. Jika kita mengeluarkan perkataan kesat dan keji kepada anak, di khuatirkan waktu itu perkataan kita menjadi mustajab maka rugilah kehidupan anak-anak kita nanti.

Sewaktu sekolah dibuka baru-baru ini, anak saya yang berumur lapan tahun selalu rehat bersendirian tidak berteman. Dia menyatakan rasa bosannya. Ada beberapa rakan yang diajaknya untuk makan bersama diwaktu rehat enggan menerima pelawaannya. 

Saya berdoa supaya Allah menemukan dia dengan seorang rakan yang serasi dengannya. Syukur Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu dia mendapat seorang rakan baik yang selalu menemani dan bermain dengannya sewaktu rehat. Syukran ya Allah kerana menemukan anakku dengan seorang rakan yang mahu menerima perlawaannya. Semoga persahabatan terjalin dengan perasaan kasih sayang bersama rakan.

Di bawah ini saya bawakan video al-fadhil ustaz Azhar Idrus untuk tontonan pembaca.




No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook