Tuesday, January 31, 2012

Syarat-syarat menutup aurat



1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2.  Tebal, tidak tipis atau jarang sehingga menampakkan apa yang dtutup.

3.  Pakaian tersebut sendiri bukanlah perhiasan atau kemegahan yang berwarna terang dan menarik perhatian.

4.  Longgar tidak ketat sehingga membentuk sendi-sendi  tubuh seseorang muslimah dan menampakkan tempat-tempat  yang mendatangkan fitnah.

5.  Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian kebiasaan lelaki.

6.  Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir.

7.  Tidak boleh disapu wangian sehingga menarik dan memberi kesan kepeda kaum lelaki.

Semoga Allah memberi taufiq dan inayahNya kepada kita dalam melaksanakan perintahNya. Amiin.

Kredit untuk sahabatku, Norhashimah Ummuelhusna

Monday, January 30, 2012

Muhammad Rasulullah SAW


Bukti kelahiran Rasulullah tidak sama seperti kanak-kanak lain yang lahir ke dunia ini. Lahirnya untuk urusan umat telah bermula lama sebelum dimasyhurkan sebagai Rasul diusia 40 tahun.

Dari Luqman bin 'Amir berkata; Aku mendengar Abu Umamah berkata; Aku bertanya; Wahai Nabi Allah! Bagaimana permulaan urusan tuan? Rasulullah bersabda; "Seruan ayahku, Ibrahim, khabar gembira Isa dan ibuku pernah melihat cahaya dari tubuhnya (saat kelahiranku), dan cahaya itu menyinari istana-istana Syam." (AHMAD - 21231)

Dari Ibnu 'Abbas r.a, bahawa ia bertanya kepada Ka'ab Al Ahbar; Bagaimana kamu dapati sifat Rasulullah dalam kitab Taurat?

Ka'ab menjawab; kami dapati ia Muhammad bin Abdullah dilahirkan di Makkah, berhijrah ke Thaabah atau Madinah, kerajaannya akan ada di Syam, ia bukan orang keji, ia tidak bersuara keras di pasar, ia tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi memaafkan dan mengampuni, umatnya senantiasa memuji. Mereka memuji Allah SWT baik dalam keadaan senang atau susah, mereka selalu mengagungkan Allah SWT dalam setiap kemenangan, mereka membasuh anggota wudhu' mereka, mengenakan kain sarung pada bahagian tengah mereka, mereka berbaris dalam solat seperti berbarisnya mereka dalam peperangan, suara mereka di masjid-masjid mereka seperti gemuruh suara lebah, terdengar suara mu'azin mereka di angkasa. (DARIMI - 8)

Wanita solehah lebih utama dari bidadari syurga


Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari bermata jeli?”

Baginda SAW menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.”

Aku bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Beliau menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada ALLAH.ALLAH meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)


Wanita solehah RELA stoking kakinya BASAH terkena air yang
melimpah daripada terkena PERCIKAN API NERAKA.
-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala
aurat yg DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara &
TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya
sehingga MENDIDIH OTAK derita.
-Wanita dicipta bukan utk dikagumi banyak lelaki...
Tapi utk seorang lelaki bernama Suami.

Sentiasa berwuduk elak dipukau

Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.

“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk bahu.

Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.

Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan ahli sihir Firaun.

Menurutnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.

Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

“Pukau ini mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan menyebut nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan melalui dalam telefon.

“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Doa pengasih (Ayatul Mahabbah)

Doa ini diamalkan supaya dikasihi oleh suami/isteri, anak-anak, saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga, kakitangan dan sebagainya.


Tambahan ayat-ayat mahabbah yang lain di dalam al-Quran ialah:
1. Surah al-Baqarah  : 165
2. Al-Imran :76
3. Al-Imran : 93
4. An-Nur : 23
5. Al-Qasas :56
6. Al-Hujurat :7 

Sunday, January 29, 2012

Tanda kematian dalam Husnul Khatimah

Husnul Khatimah bermakna kematian yang baik manakala Su ul Khatimah adalah kematian yang sebaliknya. Kita sebagai manusia biasa, tidak boleh mengukur setiap manusia yang sampai ajal, bagaimana bentuk kematiannya. Adakah dia Husnul Khatimah atau Suul Khatimah. ia adalah rahsia Allah.

Bagaimanapun terdapat tanda-tanda bagi orang yang meninggal dalam keaadan Husnul Khatimah. Antaranya ialah

1. Kematiannya diakhiri dengan lafaz 'Lailahaillallah'

2. Dahinya dalam keadaan berpeluh

3. Mati pada hari Jumaat, samada malam atau siangnya

4. Mati kerana terkena penyakit taun dan dia bersabar dengannya. Dia juga yakin penyakitnya adalah ditakdirkan oleh Allah SWT.

5. Mati kerana penyakit-penyakit di dalam perut.


Doa untuk memohon kematian Husnul Khatimah:
Allahumakttim alaina bihusnil khatimah wala takhtim alaina bisu il khatimah

Dengarkan video dari Ustaz Zaharuddin tentang Husnul Khatimah





KELEBIHAN MEMBACA SURAH AN-NAS DAN AL-FALAQ:


1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :

Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan aku pun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

Wallahua'lam

Saturday, January 28, 2012

Menemukan Jodoh Dalam Islam


Urusan Jodoh itu ditangan Allah, nah lalu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh . Tanda jodoh dalam Islam itu adalah 3 M. Apa itu? Siapa yang paling bisa memaklumi, memaafkan dan memberi. Insya Allah dia jodoh anda. Jadi kalau mau mencari jodoh, carilah yang bisa melakukan memaklumi, memaafkan dan ingin selalu memberi supaya hubungan cinta dapat langgeng dan tidak rapuh. Jadi jodoh itu tidaklah didasarkan nafsu duniawi, ganteng, kaya namun lihatlah kokoh aqidahnya, rajin ibadah dan indah akhlaknya.

Kebahagiaan didalam hidup ini kita bersama jodoh kita bisa mengarungi bahtera kehidupan dalam menghadapi badai & gelombang kehidupan. Komunikasi, saling menyesuaikan diri dengan pasangan, pengorbanan, ingin selalu memberi, memaklumi & memaafkan hanya akan hadir bila di dalam hati kita ada keimanan pada Allah maka Allah melimpahkan keindahan dalam hidup kita bersama orang yang kita cintai. 'Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuarngan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar, yaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Inna lillahii wa innaa ilaihi raajiuun' (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurnah & rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang2 yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baqarah : 155-157).

Wassalam,
M. Agus Syafii

Orang yang bakhil


Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi terpadam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

Thursday, January 26, 2012

Syaitan gemuk dan syaitan kurus

Antara arahan yang dituntut oleh Islam ialah memulai sesuatu pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Ia sebagai jalan un tuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya syaitan. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan bahawa syaitan orang mukmin telah bertemu dengan syaitan orang kafir.

Di dapati bahawa syaitan orang kafir itu berada dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan dukacita.

Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin, "kenapa kamu kurus kering dan berdukacita?"

Syaitan orang mukmin menjawab, "Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar. Apabila dia minum, dia terus menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian, dia terus menyebut nama Allah, jadi aku berterusan bertelanjang.Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Jadi rambutku terus kusut kering."

Syaitan yamg kafir pula berkata, "Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikitpun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi.Oleh itu aku berkongsi dengannya makanan, minuman dan pakaiannya.

Wallahua'lam

Kisah Ustaz Dr. Harun Din mimpi bertemu Rasulullah SAW

Video ini adalah dari youtube, iaitu mimpi yang berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz bertemu Rasulullah SAW. Hanya insan yang terpilih sahaja yang berpeluang bertemu & bermimpi untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.




Amalan doa untuk bermimpi bertemu Rasulullah SAW.




Doa ini disalin dari www.darussyifa.org




Ustaz Mohd Fadli Yusof berkongsi tip untuk dapat bertemu Rasulullah di dalam mimpi, dari seorang sahabat yang menetap di Madinah.

Katanya, amalkan selawat Ibrahim sebanyak-banyaknya, iaitu selawat yang kita baca di dalam tahiyat akhir setiap kali solat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ

 وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ ،في العــــــالمين إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Tentang RIAK


Riak. Riak ikan dia air. Benda yang biasalah kita dengar hari2 kan. Apa maksud riak ni sebenarnya?

Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan atau mendua kan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.

Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Contoh perbuatan riak ialah:

1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”

Amat sukar nak ikhlas kan?

Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.

Perbuatan di atas tu, boleh jadi tidak riak, bila kita ikhlas. Ikhlas adalah bila…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.
2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.
3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.

Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”

Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”. Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni dik, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.

Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….

Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.

Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh?

Apa-apa pun semua sifat2 di atas mestilah diperangi, terutama sifat riak, kerana ia adalah sesuatu yang serious. Di akhirat kelak, Allah tidak sudi memandang ibadah mereka yang ada riak, sebaliknya disuruh minta pahala daripada orang-orang yang diriakkan tu. Alangkah ruginya kan? Susah payah solat, sekali Allah tak sudi terima T_T disebabkan kita solat tu sebab nak suruh orang tengok kita macam bagooos.

Susah nak buat kan? Ye lah bukannya kita nampak Allah, dan Dia tu takde nak bercakap2 dengan kita secara direct. Kalau manusia ni, kejap je dapat pujian “Wah baiknya budak ni!”, “Dia ni alim ni” dan kita pun tersenyum2 puas.

Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya. APAkah ubat riak?

Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.
Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.

Hmm.. berhati2 lah bila kita nak cakap “Aku bukan nak riak” atau “Aku takut riak” adakah kita cakap tu atas dasar riak (sebab nak orang nampak kita baik), atau memang benar2 ikhlas kerana Allah Taala?

Wednesday, January 25, 2012

Pintu yang dimasuki syaitan

"Ku renung dan ku fikir, dari manakah syaitan itu memasuki hati manusia. Tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari 10 pintu:

PINTU PERTAMA : TAMAK DAN JAHAT SANGKA
Lantas ku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada selepas berikhtiar.

PINTU KEDUA : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANAGN
Lalu aku takut menghadapinya dengan kematian yang datang mungkin dengan tiba-tiba

PINTU KETIGA : CINTAKAN KEREHATAN DAN NIKMAT
Lalu aku menghadapinya dengan meyakini nikmat akan hilang dan meyakini adanya balasan buruk

PINTU KEEMPAT : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI (UJUB)
Lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan siksaan.

PINTU KELIMA : PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
Lalu aku menghadapinya dengan mengetahui hak dan kehormatan mereka

PINTU KEENAM : HASAD DENGKI
Lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuashati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluk-Nya.

PINTU KETUJUH : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
Lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas

PINTU KELAPAN : KEDEKUT ATAU BAKHIL
Lalu aku menghadapi dengan meyakini apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa dan apa yang ada di sisi Allah itu kekal.

PINTU KESEMBILAN : TAKBUR ATAU SOMBONG
Lalu aku menghadapinya dengan sifat tawadhuk

PINTU KESEPULUH : TAMAK
Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia."

Dipetik dari kitab Maza Yakni intima'l lil Islam (Syeikh Fathi Yakin)



Hikmah ayat Al-Kursi


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semuamemohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Saturday, January 21, 2012

Bunyi ‘Suara Aneh Dari Langit’ Di Sarawak


Ianya masih lagi misteri. Tiada siapa yang boleh memberi jawapan yang pasti dan meyakinkan. Mungkinkah ia sebagai tanda kepada permulaan berlakunya bencana? Sepertimana sebelum berlaku tsunami di Acheh, nelayan-nelayan mendapat ikan dengan banyaknya di pesisir pantai. Apakah bunyi tersebut ada relevan dengan bencana yang akan berlaku. Tiada jawapan yang pasti. 

Yang pasti negara kita khususnya Malaysia, ramai orang mudanya sudah meninggalkan asas ajaran Islam. Walaupun ramai yang bertudung tapi seksi, walaupun berpelajaran tapi anak-anak zina semakin ramai, tidak ada segan silu bila memuatnaik gambar-gamar peribadi ke dalam facebook. Anak-anak muda kita sudah lari dari fitrah kejadian manusia. Disebabkan ledakan teknologi dan bermulanya zaman globalisasi, adat ketimuran tidak lagi menghiasi peribadi pemuda-pemudi sekarang.

Di bawah adalah petikan dari Harian Metro, tentang bunyi suara aneh dar langit Sarawak.

Bunyi ‘Suara Aneh Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Thursday, January 19, 2012

Kelebihan orang yang banyak berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

Sumber : HMO

Wednesday, January 18, 2012

Orang minyak dan kepercayaan tahyul orang Melayu


KUALA LUMPUR – Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.
Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.
Penduduk tangkap ‘orang minyak’
Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.
Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.
“Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.
“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.
“Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut,” ceritanya.
Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.
Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.
“Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.
Sumber : Kosmo online
__________________________________________________________________________
Sewaktu saya belajar di universiti dulu, ada beberapa pelajar cuba tangkap 'spenderman' pada pukul 3 pagi waktu semenanjung. Ada seorang pelajar yang tidur lewat terperasan ada seorang lelaki yang cuma berseluar dalam sedang memilih-milih pakaian dalam wanita di ampaian. Apa lagi dia pun ajak rakan-rakan lain yang masih tak tidur untuk kerjakan si spenderman dengan menggunakan penyapu dan kayu mop.
Tapi akhirnya si spenderman dapat melarikan diri dan hilang dalam kegelapan malam. Pelajar2 lain yang sudah diulit mimpi langsung tak sedar apa yang terjadi. Esoknya heboh kat kolej Pernas ada spenderman mengintai untuk mencuri pakaian dalam.
Kejadian kedua berlaku ketika kami menginap di asrama kolej Guthrie. Bangun keesokannya saya dan rakan-rakan mendapati beberapa helai pakaian dalam kami hilang di ampaian. Apakah signifikannya mereka mencuri pakaian dalam perempuan? Boleh dibuat jampi ke?...eeei
 Berbalik kepada kepercayaan orang Melayu pula (merujuk pada tajuk di atas), masih ramai lagi orang-orang Melayu kita yang masih percaya kepada unsur-unsur tahyul. Ada seorang pemuda sukakan seorang gadis di kampungnya, dia minta bantuan bomoh supaya gadis berkenaan suka padanya. Akhirnya mereka menikah.
Ini cuma satu cerita daripada ratusan/ribuan cerita masyarakat kampung yang masih dekat dengan amalan mempercayai bomoh, tentang untung nasib, menilik dan mengubat. 
Wahai para ustaz, tok guru, dan syeikh sekalian, jenguk-jenguklah kami di kampung. Di kampung lagi teruk dari bandar. Amalan masyarakat kampung masih bercampur-aduk antara syariat dan khurafat. Datanglah ke kampung, disinilah tempat untuk berjihad. Dekatilah juga mat-mat rempit dan mat pit yang bersepah kat kampung. 

Tuesday, January 17, 2012

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri dan keluarga. Hindarkan dari memakan makanan yang memudharatkan kesihatan tubuh badan, apatah lagi jika makanan tersebut dimasukkan bahan perasa, pewarna dan pengawet. Pilihan makanan yang bersih dan berkhasiat boleh menjamin tubuh badan yang sihat.


Contohnya pengambilan makanan yang mengandungi asid borik yang biasanya terdapat makanan diproses seperti mee, tauhu, ikan, daging, buah dan sayuran boleh menimbulkan gangguan hati, jantung, pencernaan, kanser, ginjal dan lainnya. Pada dos yang cukup tinggi, pengawet ini akan mengakibatkan, pening, mual, muntah, cirit, kejang, depresi, dan gangguan peredaran darah. Dalam dos yang kecil, pengawet akan diserap oleh tubuh dan kesannya  akan dirasai setelah pengambilan sejumlah pengawet dalam tubuh menjadi tinggi.

Makanan kegemaran Rasulullah SAW boleh menjadi panduan untuk kita memilih agar pengambilan makanan tersebut membuatkan badan kita menjadi sihat, bertenaga, segar dan tidak mengalami kepayahan untuk beribadah kepada Allah SWT.


Berikut adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW;


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Semoga memberi manfaat.

Monday, January 16, 2012

Benarkah Anwar pejuang Keadilan

Tak lama lagi PRU 13 akan menyusul. Orang-orang yang terlibat dengan hal-ehwal politik akan bertungkus lumus memastikan kemenangan berpihak di pihak mereka. Yang paling ketara ialah pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Manakala parti lain tidak begitu signifikan dari segi penonjolannya.

Anwar yang menerajui Pakatan Rakyat begitu berhasrat menawan Putrajaya. Hasrat Anwar tidak boleh dipandang remeh dan tidak mustahil menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak dapat menyalurkan perjuangan politiknya melalui akhbar dan saluran TV arus perdana, peranan internet tidak dapat diperkecilkan. Melalui bancian yang dilakukan di ruangan web denaihati  sokongan terhadap pakatan rakyat hampir menyamai sokongan BN.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah benarkah Anwar berjuang untuk keadilan rakyat, ataukah dia hanya berjuang untuk keadilan dirinya sahaja? Sekiranya Anwar tidak dipecat sebagai TPM oleh Tun Dr. Mahadhir pada tahun 1998, adakah akan wujud parti Keadilan Rakyat seperti yang ada sekarang. Sebagai orang kuat BN waktu itu, Anwar sudah pasti tahu tentang kelemahan BN, tentang kroni, rasuah dan banyak lagi ketidakadilan ke atas rakyat yang rakyat sendiri mungkin tidak sedar.

Adakah sekiranya dia tidak dipecat, Anwar akan memperjuangkan keadilan dari dalam BN sepertimana dia bertungkus-lumus memperjuangkan keadilan di luar BN? Adakah jika PR menerajui putrajaya, tidak akan wujud ketidakadilan, kroni dan rasuah? Ataukah ia menjadi lebih teruk dari pemerintahan BN?

Walau apapun tuduhan salahlaku seksual yang dilemparkan pada Anwar, nampaknya penyokong Anwar tidak berganjak dan tidak ragu-ragu padanya. Anwar memang seorang pemimpin dan pejuang. Sudah lebih dari 13 tahun berjuang menentang ketidakadilan tanpa rasa bosan. Semangat juangnya mengkagumkan. Begitulah kehebatan seorang anak Melayu di celah-celah ramai Melayu-Melayu lain yang mudah layu. Tapi adakah benar dia memperjuangkan keadilan rakyat atau dia berjuang untuk memenuhi hasrat hatinya menakluk Putrajaya.

Semasa pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali (DHA), ia kelihatan seolah-seolah PAS berada dibawah takluk PKR bila Azmin Ali mengarahkan PAS memecat DHA dan dengan serta-merta PAS melakukannya. Apapun mungkin PAS ada alasan lain untuk memecat DHA.

Semasa berbual dengan seorang rakan saya yang beberapa tahun dulu balik dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dia melihat wadah perjuangan pas dah tak macam dulu,  tergelincir dari landasan dan prinsip asal perjuangannya iaitu memperjuangkan Islam dan menjaga aqidah, maruah serta memartabatkan ummatnya. Cukup payah bagi beliau menerima hakikat ini, namun beliau sedar bahawa pas hanyalah wadah atau sarana atau alat (benda baharu) yang boleh menerima perubahan. Perkara besar yang perlu difikirkan ialah Islam yang dijunjung, aqidah yg tersemat di hati, dan syariat yg dikilik ini bagaimana nak menjaganya, untuk penerusan kepada anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat dan generasi akan datang.

Menurut beliau ada satu kaedah feqh ' akhaffu dhararain' iaitu memilih salah satu mudharat yangg lebih ringan mungkin boleh dijadikan panduan untuk memilih parti yang bakal memerintah negara. Beliau berkata lagi "jika ketika itu ditakdirkan muncul satu pihak lagi yang mebawa panji-panji kebenaran, insyaAllah ana akan memilih mereka walaupun golongannya kecil atau tidak popular" wallahu`alam.


Sunday, January 15, 2012

Di manakah roh ditempatkan selepas mati?


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
“Roh itu menuju ketujuh tempat”:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

STATUS HALAL online / sms

Adalah menjadi kewajipan kita orang-orang Islam untuk memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita dan keluarga kita terhindar dari sumber yang diharamkan syariat Islam.

Sedikit yang haram masuk ke dalam perut kita, hati dan jasad kita akan merasa keberatan untuk melakukan ibadah yang difardhukan oleh Allah. Untuk memudahkan kita menyemak status halal yang dikeluarkan pihak Jakim, sila rujuk kaedah di bawah.


Semakan status HALAL online.

1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM

Semakan status HALAL SMS

Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat pada semua.


Saturday, January 14, 2012

Tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud

Sewaktu ceramah agama di masjid dekat dengan rumah, seorang ustaz bercerita tentang seorang gurunya sewaktu beliau masih kecil. Dia selalu hadir ke majlis ilmu guru tersebut untuk menimba ilmu agama atas saranan ayahnya.

Ayahnya pernah berpesan, kalau majlis ilmu dah habis waktunya, engkau jangan bangun selagi guru tak bangun. Begitulah betapa hormat ayahnya pada guru tersebut.

Satu tabiat gurunya ialah dia tak pernah menghampakan permintaan orang yang meminta pertolongan darinya. Pada suatu hari, sedang guru mengajar, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan gurunya mahu meminjam wang untuk perbelanjaan anaknya ke universiti. Guru berkata pada lelaki tersebut supaya datang semula berjumpa dengannya selepas asar.

Selepas melakukan solat asar lelaki tadi masuk semula untuk bejumpa dengan guru tadi. Lelaki tersebut ingin meminjam beberapa ribu ringgit. Guru lalu mengeluarkan duit di bawah sejadahnya dan memberikan kepada lelaki tersebut. Begitulah kejadian tersebut berlaku bila ada orang yang hendak meminjam wang, guru akan mengeluarkan duit di bawah sejadahnya.

Tidak berapa lama kemudian guru meninggal. Guru ada meninggalkan 2 buah kereta yang selalu digunakan untuk berdakwah dan menyebarkan syiar Islam. Bila pembantu dan anaknya cuba memeriksa keadaan kereta-kerata yang ditinggalkan guru, mereka terkejut kerana tidak ada setitik pun minyak enjin dalam kedua-dua buah kereta. Mereka juga sedar, sepanjang almarhum masih hidup, guru tidak pernah servis kereta-keretanya. Bagaimanapun keretanya tidak mengalami sebarang kerosakan dan dapat digunakan seperti biasa dengan kuasa Allah.

Peristiwa aneh itu menjadi bualan saudara-mara dan orang-orang kampung. Mereka cuba bertanya kepada anak-anaknya, apakah amalan-amalan yang dilakukan oleh gurunya sehingga dia dimuliakan dan dimudahkan Allah atas urusan-urusannya di dunia.

Anaknya memberitahu yang mereka tidak tahu apa amalan spesifik bapa mereka. Yang pasti, dia mengerjakan apa yang difardhukan, meninggalkan larangan Allah dan berusaha menyebarkan syiar Islam. Anaknya menambah, satu amalan sunat yang istiqamah yang dilakukan bapa mereka ialah beliau tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud selama 40 tahun hinggalah beliau meninggal dunia.

Ikhtiar dan doa mendapatkan jodoh untuk si gadis

Bila usia si gadis melepasi zaman remaja, ditambah lagi dah tamat belajar, pasti emak dan ayah si gadis mula memikirkan dan mengharapkan anak mereka cepat menamatkan zaman bujang. Tak dinafikan ada sesetengah orang berat jodohnya, sedangkan kawan-kawan dan sedara mara yang hampir sebaya dah kahwin, tapi si anak tak kahwin-kahwin juga. Tentulah mak ayah sedikit sebanyak ada rasa gelisah juga.

Apa pun jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Kita sebagai hamba perlu juga berikhtiar. Kawan lama saya Siti Nurbaya  dulu budak jawa asal dari banting. Sewaktu umurnya 21 tahun ibunya meninggal, tinggallah dia dengan ayah dan adik-beradiknya yang lain.

Bila umurnya mencecah 23 tahun, ayahnya dan juga ayah-ayah saudaranya mula sibuk fikirkan jodohnya. Kalau boleh mereka mahukan anak saudara mereka yang perempuan ni cepat mendapatkan jodohnya. Alhamdulillah ada seseorang yang dikenali berminat dengannya, dan dia menamatkan zaman gadisnya sewaktu berumur 25 tahun.

Apa yang mengkagumkan saya ialah peranan ayah-ayah saudaranya yang mengambil berat tentang jodoh anak saudara mereka. Peranan mendapatkan jodoh bukan sahaja ditanggung oleh ayahnya sahaja, malah saudara maranya juga. Pada pengamatan saya, ia tidak berlaku dalam kebanyakan keluarga yang lain.

Berbalik kepada ikhtiar mendapatkan jodoh, sewaktu menghadiri kuliah tafsir quran oleh Dato' Dr. Fatma El-Zahra, beliau memberikan petua berdoa menggunakan bacaan surah Yasin untuk berbagai hajat. Ikhtiar doa menggunakan surah Yasin ini boleh digunakan untuk mendapatkan jodoh. Caranya adalah seperti dibawah:



Selepas sembahyang subuh
Dilakukan 3 Jumaat berturut-turut 

1. Ayat 1 - Yassin baca 7 kali

2. Teruskan bacaan hingga hingga ayat 38
Pada ayat Ayat 38 – diulang 12 kali

3. Teruskan bacaan hingga ayat 58
Pada ayat 58 iaitu 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIRRAHIM –diulang  7kali
(Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan)

4. Teruskan bacaan hingga ayat 82
Pada ayat 82 –diulang  14 kali

Habis, diulang semula step 1 hingga 4
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 

Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 



Semoga doa anda dimakbulkan Allah, dan si gadis berjaya mendapatkan jodohnya.

Friday, January 13, 2012

Awas penggemar sosej


Kajian yang dilakukan oleh pakar di Karolinska Institute di Stockholm, Sweden baru-baru ini mendapati dengan memakan 2 keping bacon atau satu batang sosej sehari boleh meningkatkan risiko kancer  pancreas sebanyak 19 peratus. Risiko akan meningkat jika kita makan lebih dari kadar yang dinyatakan.

Mengikut  laman web The Guardian kanser pancreas membunuh 80% pesakit yang didiagnos dalam masa setahun , manakala hanya 5% pesakit yang masih hidup lebih 5 tahun selepas didiagnos.  Menurut Proffessor Madya Susanna Larson yang terlibat dalam kajian tersebut, pesakit kanser pancreas mempunyai kadar survival yang rendah.

Hasil kajian yang diperolehi dengan  menganalisa 11 kajian, termasuk 6,643 kes  kanser pancreas ini  telah dikeluarkan dalam British Journal of Canser.

Bagaimanapun, pakar mengatakan risiko mendapat kanser pancreas secara keseluruhannya masih rendah. Di UK risiko mendapat penyakit kanser pancreas adalah 1 daripada 77 lelaki, manakala bagi wanita pula adalah 1 daripada 79 wanita. (adakah betul kadar ini dikatakan rendah? Anda fikir sendiri).

Nota : bacon adalah dari sumber babi, manakala di Malaysia untuk daging lembu ia disebut beef bacon. Kadar risiko keduanya mungkin hampir sama kerana ia adalah produk dari daging yang diproses, yang mana ramai orang sudah tahu pengambilan daging proses boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.

Ada apa dengan Amalina

Sebelum ini blog ini tidak pernah membicarakan tentang persolaan individu. Tapi kali ini, hati bagai ditarik-tarik untuk turut sama berbicara tentang insan istimewa Nur Amalina Che Bakri. Biar apa pun kata-kata yang dilontarkan pada Amalina, pada saya dia tetap istimewa kerana dianugerahkan Allah kepintaran dalam bidang akademik.

Pelajar terbaik SPM 2004 itu suatu ketika dulu pernah popular dan menjadi bualan kerana kecemerlangannya dalm SPM dengan memperolehi 17A1. Dia menjadi dorongan kepada plejar lain untuk mencipta kecemerlangan sepertinya. Memang agak aneh jika di Malaysia ini ada orang yang tidak mengenali Nur Amalina. Dia dikenali di mana-mana.

Beberapa tahun selepas itu, apabila dia melanjutkan pelajarannya ke UK, namanya kurang dibicarakan lagi walaupun masih dikenali.Beberapa pelajar lain selepas itu mencipta kecemerlangan mereka sendiri dalam peperiksaan SPM.

Tiba-tiba hari ini namanya kembali popular dan hangat bila tersebar gambar-gambar peribadinya yang dimuat turun dari laman facebook milik Amalina. Dia dikatakan berpakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri dan budaya orang timur apatah lagi sebagai wanita yang beragama Islam. Dia dikatakan tenggelam dalam kejutan budaya dan gaya hidup orang barat.

Apa yang berlaku pada Amalina itu menunjukkan dia adalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan salah dan silap. Barangkali naluri remajanya mencari-cari identiti diri, tiba-tiba itu jalan yang ditemuinya. Adalah tidak wajar sama sekali para blogger memuat naik gambar-gambarnya untuk tatapan pembaca. Bukankah tidak elok mengaibkan orang lain dengan menyebarkan gambar-gambar sedemikian rupa.

Sewaktu menatap gambar-gambar Amalina dalam sebuah laman blog, saya sangat berharap bahawa cerita-cerita itu semuanya fitnah. Tetapi harapan itu menjadi kecewa bila ibunya tidak menafikan bahawa itu gambar anaknya, malah dia sendiri mengakui gambar-gambar itu dia yang mengambilnya.

Kenapa saya perlu kecewa. Kerana dia pernah menjadi ikon pelajar dan sampai bila pun dia akan dikenang kerana mencipta sejarah dalam kecemerlangan akademik. Pelajar-pelajar lain akan mencontohinya bukan saja dalam bidang akademiknya, malah mereka akan terikut-ikut dengan rentak hidupnya.

Apa pun memang tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan salah dan silap. Kita sendiri juga patut muhasabah diri, belum tentu kita lebih mulia dari orang lain yang kita nampak melakukan perkara yang buruk. Biasalah manusia, kita lebih nampak keburukan orang dan menganggap diri kita sentiasa betul. Doa saya semoga Amalina berjaya dalam mencapai cita-citanya dan berubah menjadi wanita yang solehah.




Thursday, January 12, 2012

Orang yang dimandikan malaikat

Kekalahan dalam perang badar telah membakar kebencian kaun Quraish terhadap orang-orang Islam. Ini kerana dalam peperngan itu ramai para pemimpin dan para bangsawan mereka yang terbunuh.

Hati mereka begitu membara untuk membalas dendam. Kaum Quraish melarang semua penduduk Makkah meratapi golongan mereka yang terkorban dalam perang Badar dan tidak mahu terburu-buru menebus para tawanan kerana tidak mahu orang-orang Muslim menjadi megah kerana  tahu kegundahan dan kesedihan hati mereka.

Hinggalah tiba pada perang Uhud. Di antara pahlawan perang yang bertempur tanpa mengenal rasa takut pada waktu itu adalah Hanzhalah bin Abu Amir. Ayahnya adalah seorang tabib yang disebut si Fasik.

Hanzhalah baru saja melangsungkan pernikahan ketika perang Uhud berlaku. Ketika terdengar gemuruh pertempuran, dia yang ketika itu masih berada dalam pelukan isterinya, segera melepaskan pelukan tersebut dan terus beranjak untuk berjihad.

Ketika telah terjun dalam kancah pertempuran berhadapan dengan kaum musyrikin, dia menyebak barisan hingga berhadapan terus dengan komandan pasukan musuh, Abu Sufyan bin Harb. Pada saat itu dia sudah dapat menundukkan Abu Sufyan, namun kejadian itu diketahui oleh Abu Syaddad bin Al-Aswad yang kemudian menikamnya sehingga meninggal dunia sebagai syahid.

Tatkala perang tamat di mana kaum muslimin menghimpun jasad para syuhada dan mahu menguburkannya, mereka kehilangan usungan jenazah Hanzhalah. Setelah mencari ke sana ke mari, mereka menemuinya di sebuah gundulan tanah yang masih basah dengan siraman air.

Rasulullah SAW mengkhabarkan kepada para sahabatnya bahawa malaikat sedang memandikan jenazah Khanzalah. Lalu baginda bersabda "Tanyakan kepada keluarganya, apa terjadi dengan dirinya".

Lalu mereka bertanya kepada isterinya, dan dikhabarkan tentang keadaannya sedang junub saat berangkat perang. Dari kejadian itu Hanzhalah mendapat jolokan Ghasilul Malaikat (orang yang dimandikan malaikat). Wallahua'lam.



Cuti umum dan cuti persekolahan bagi tahun 2012


Cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2012
TARIKH
SAMBUTAN
1 Januari  (Ahad)
Tahun Baru Masihi
23  Januari  (Isnin)
Tahun Baru Cina
24 Januari  (Selasa)
Tahun Baru China **
5 Februari   (Ahad)
 Maulidurrasul
1 Mei (Selasa)
Hari Buruh
5 Mei (Sabtu)
Hari Wesak
2 Jun (Sabtu)
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
19 & 20 Ogos (Ahad & Isnin)
Hari Raya Aidil Fitri
31 Ogos (Jumaat)
Hari Kebangsaan
16 September (Ahad)
Hari Malaysia
26 Oktober (Jumaat)
Hari Raya Aidil Adha
13 November(Selasa)
Hari Deepavali ***
15 November (Khamis)
Awal Muharam (Maal Hijrah)
25 Disember (Selasa)
Hari Krismas
**  kecuali Kelantan dan Terengganu
*** kecuali Sabah dan Sarawak

Cuti umum bagi negeri-negeri di Malaysia
TARIKH
SAMBUTAN
Negeri
14 Januari (Sabtu)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
15 Januari (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
1 Februari (Rabu)
Hari Wilayah Persekutuan
Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
7 Februari (Selasa)
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P. Pinang & Selangor
4 Mac (Ahad)
Hari Ulangtahun Pemerintahan Sultan Terengganu
Terengganu 
6 April (Jumaat)
Good Friday
Sabah & Sarawak
15 April (Ahad)
Hari Deklarasi Melaka sebagai Bandaraya Sejarah
Melaka
19 April (Khamis)
Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak
7 Mei (Isnin)
Hari Hol Pahang
Pahang
17 Mei (Khamis)
Hari Keputeraan Raja Perlis
Perlis
30 & 31 Mei (Rabu & Khamis)
Pesta Menuai, Pesta Kaamatan
Sabah & Labuan
1 – 2 Jun(Jumaat & Sabtu)
Pesta Menuai, Hari Gawai
Sarawak
17 Jun (Ahad)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
7 Julai (Sabtu)
Hari Warisan Georgetown
P. Pinang
14 Julai (Sabtu)
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri P. Pinang
P. Pinang
20 Julai (Jumaat)
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
21 Julai (Sabtu)
Awal Ramadan (awal permulaan puasa)
Johor, Kedah & Melaka
6 Ogos (Selasa)
Nuzul Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu 
8 September(Sabtu)
Sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Sarawak
6 Oktober(Sabtu)
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sabah
13 Oktober(Sabtu)
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka
24 Oktober(Rabu)
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
27 Oktober(Sabtu)
Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban (Hari kedua) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu sahaja
11 & 12 November(Sabtu & Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 November(Khamis)
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
11 Disember(Selasa)
Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
20 Disember(Khamis)
Hari Hol AlmarhumSultan Iskandar Johor
Johor

Cuti Sekolah

Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Penggal 1
10 Mac 2012 – 18 Mac 2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun
26 Mei 2012 – 10 June 2012 (16 Hari)
Cuti Penggal 2
18 Ogos 2012 – 26 Ogos 2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun
10 Nov 2012 – 01 Januari 2013 (53 Hari)

Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti Penggal 1
9 Mac 2012 – 17 Mac 2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun
25 Mei 2012 – 9 Jun 2012 (16 Hari)
Cuti Penggal 2
17 Ogos 2012 – 25 Ogos 2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun
9 Nov 2012 – 01 Januari  2013 (53 Hari)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook