Monday, November 14, 2011

Luahan lelaki


Petikan luahan hati seorang lelaki dalam sebuah forum. Supaya menjadi iktibar dan pedoman untuk para suami dan para isteri.

"Petang tadi saya terperangkap kerana kereta kawan yang saya pandu berseorangan tiba-tiba meragam. Terpaksa tolak ke tepi. Risau jugak la, sebab kereta orang kan... Kereta sendiri takpe lagi. Lebih mengharukan, saya tertinggal handphone kat rumah pulak, sebab tengah charge.

Sedang saya bertungkus lumus menolak kereta ke tepi jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti berhampiran saya. Rupa-rupanya pemandu tu merupakan seorang MO di tempat saya bekerja. Kami pernah kerja satu department masa dia masih HO dulu.

Setelah menceritakan keadaan saya, si fulanah pun offer untuk tumpangkan saya ke bengkel berhampiran. Dalam keadaan terdesak saya terpaksa menerima pelawaan tersebut. 

Apa yang mengharukan saya, si fulanah menelefon suaminya dahulu untuk meminta izin sebelum menumpangkan saya. Sangat menyentuh perasaan saya. Betapa taatnya beliau sebagai isteri sehinggakan nak menumpangkan saya ke bengkel pun dia call minta izin dengan suaminya... (jarak tak sampai 500m dari tempat kejadian, tapi jenuh jugak la kalau berjalan, sebab jalan berbukit.. huhu)

Setelah diizinkan barulah dia membenarkan saya masuk ke dalam keretanya. Sepanjang perjalanan yang singkat tu saya terfikir, alangkah beruntungnya si suami kerana dikurniakan isteri sebegini... Mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah pihak, tetapi bagi saya peristiwa sebegini sungguh menyentuh perasaan. Zaman sekarang ni usahkan nak minta izin sedemikian, bahkan tak kurang juga isteri yang bertepuk tampar dengan lelaki lain...

Semoga Allah memberkati si fulanah dan keluarganya... Ameen... Dalam masa yang sama, saya berharap dan berdoa sangat-sangat, seandainya ada jodoh, saya mohon supaya dikurniakan isteri sebegini atau yang lebih baik lagi... (Dalam masa yang sama saya pun kena improve jugak la... )

Sekian perkongsian daripada saya..."

Semoga ada iktibar dan panduan yang baik buat kita memaknai ketaatan kepada suami tercinta, kerana ALLAH SWT semata :)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook