Thursday, November 17, 2011

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu

2. Baca, telaah dan dengarkan al-Quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada manfaatnya

3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh bercakap bahasa Arab dengan fasih

4. Jangan banyak berdebat dalam berbagai aspek pembicaraan kerana hal tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan

5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan mengganggu dan menyakiti

8. Jauhilah daripada membicara keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa juapun dan jangan berbicara kecuali yang baik

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun  dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerjasama)

10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak dari waktu yang ada, maka manfaatlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.




" Aku musafir yang mencari kebenaran. Seorang manusia yang mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yang mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan dan kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang suci" As-syahid Imam Hassan Al-Banna


AWAS, pertubuhan melayu murtad


DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Monday, November 14, 2011

Kurung kekasih anak


Berikut adalah berita dari Harian Metro 15 Nov 11. Mengapakah seorang ibu yang diamanahkan anak kepadanya sanggup turut sama bertindak tidak wajar? Adakah ini penanda kepada institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita runtuh dan dalam ancaman? Mungkinkah ibu tersebut juga lahir dari keluarga yang latar belakangnya porak poranda?


Kepada para gadis, jangan mudah percaya pada orang lain, lebih-lebih lagi mereka bukan saudara kamu. Zaman sekarang ni ramai manusia yang pelik-pelik sifatnya serta kurang pertimbangan dan kewajaran. Setiap wanita yang keluar rumah mesti ditemani mahramnya, itu lebih menjamin keselamatan. Hiasilah diri dengan akhlak dan peribadi yang mulia.

SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.
Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.
Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.

“Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji tidak ditunaikan, malah mangsa dipaksa menggugurkan kandungan.
“Perbuatan kejam dua beranak itu membuatkan mangsa tertekan dan cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah, namun hampa selepas semua pintu dikunci dari luar.

“Mangsa kemudian menjumpai alat jalur lebar milik teman lelakinya sebelum menghubungi ibunya melalui e-mel,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, ibu mangsa bersama beberapa anggota polis ke rumah terbabit sebelum memecahkan pintu besi dan membawa pulang gadis berkenaan.

Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Seruan menutup aurat


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Al-Ahzab : Ayat 59]

Menutup aurat mengikut syariat Islam adalah satu ibadah. Kita akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah Taala, insya Allah.

Menutup aurat juga akan mewujudkan sebahagian daripada zon keselamatan buat diri muslimah itu sendiri...itulah maksud ayat di atas:"..cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sbgai perempuan yg baik2) maka dgn itu mrk tidak diganggu...."
Lelaki yang rosak hati dan imannya tidak berminat dengan perempuan yang menutup aurat dengan sempurna. Jadi tutuplah aurat dengan sempurna, Allah akan menjaga kita dari menjadi mangsa lelaki seperti ini.

Wanita yang tidak menutup aurat menjadi ujian kepada lelaki yang berusaha menjaga pandangan mata. Bahkan pula mereka menjadi punca dosa lelaki yang tidak menjaga pandangan mata. Bayangkan di manakah kedudukan maruah wanita yang tidak menutup aurat.

Luahan lelaki


Petikan luahan hati seorang lelaki dalam sebuah forum. Supaya menjadi iktibar dan pedoman untuk para suami dan para isteri.

"Petang tadi saya terperangkap kerana kereta kawan yang saya pandu berseorangan tiba-tiba meragam. Terpaksa tolak ke tepi. Risau jugak la, sebab kereta orang kan... Kereta sendiri takpe lagi. Lebih mengharukan, saya tertinggal handphone kat rumah pulak, sebab tengah charge.

Sedang saya bertungkus lumus menolak kereta ke tepi jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti berhampiran saya. Rupa-rupanya pemandu tu merupakan seorang MO di tempat saya bekerja. Kami pernah kerja satu department masa dia masih HO dulu.

Setelah menceritakan keadaan saya, si fulanah pun offer untuk tumpangkan saya ke bengkel berhampiran. Dalam keadaan terdesak saya terpaksa menerima pelawaan tersebut. 

Apa yang mengharukan saya, si fulanah menelefon suaminya dahulu untuk meminta izin sebelum menumpangkan saya. Sangat menyentuh perasaan saya. Betapa taatnya beliau sebagai isteri sehinggakan nak menumpangkan saya ke bengkel pun dia call minta izin dengan suaminya... (jarak tak sampai 500m dari tempat kejadian, tapi jenuh jugak la kalau berjalan, sebab jalan berbukit.. huhu)

Setelah diizinkan barulah dia membenarkan saya masuk ke dalam keretanya. Sepanjang perjalanan yang singkat tu saya terfikir, alangkah beruntungnya si suami kerana dikurniakan isteri sebegini... Mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah pihak, tetapi bagi saya peristiwa sebegini sungguh menyentuh perasaan. Zaman sekarang ni usahkan nak minta izin sedemikian, bahkan tak kurang juga isteri yang bertepuk tampar dengan lelaki lain...

Semoga Allah memberkati si fulanah dan keluarganya... Ameen... Dalam masa yang sama, saya berharap dan berdoa sangat-sangat, seandainya ada jodoh, saya mohon supaya dikurniakan isteri sebegini atau yang lebih baik lagi... (Dalam masa yang sama saya pun kena improve jugak la... )

Sekian perkongsian daripada saya..."

Semoga ada iktibar dan panduan yang baik buat kita memaknai ketaatan kepada suami tercinta, kerana ALLAH SWT semata :)

Majlis persandingan adalah haram


Mengapa masyarakat masih memandang ringan 'persandingan pengantin' sedangkan perihal ini sudah dijelaskan oleh para ulama bahawa ia adalah haram?

Sehingga ke hari ini kita masih dapat melihat banyak pasangan pengantin yang dihias-hias melampaui batasnya serta disandingkan di pelamin yang gah. Berstatuskan 'Raja Sehari' tidak memberi lesen kepada pasangan untuk bebas melakukan kemungkaran.

Hari ini ramai yang beralasan, "Ah! Tak mengapa satu hari ja!". Akan tetapi ingatlah bagi sang isteri yang dipertontonkan kepada ratusan atau mungkin ribuan orang, apatah lagi jika terdedah auratnya atau dia berpakaian tetapi seperti telanjang, maka bertambah-tambahlah dosa kedua-duanya.

Mengadakan walimatul urus adalah sunnah. Sangat dituntut di dalam masyarakat Islam. Akan tetapi hilanglah keberkatannya apabila dicampur adukkan dengan maksiat bersamanya.
Adat merenjis pula menghampiri daerah khurafat kerana perlulah diketahui asal usulnya adalah kerana mencari keberkatan sebagaimana amalan masyarakat Hindu. Perihal sebegini membuatkan pelakunya menghampiri kepada syirik jika tidak diperbetulkan niatnya.

Konsep persandingan hari ini juga tidak dapat lari dari bertunjangkan 'kemegahan'. Wang ringgit puluhan ribu menjadi kertas-kertas kosong yang dibuang begitu sahaja semata-mata untuk menjayakan persandingan ini. Akhirnya, ramai yang kecundang ke dalam lubuk hutang sehinggakan anaknya sudah besar pun masih belum habis lagi hutangnya.

Inilah pembaziran yang sangat popular pada masa ini! Anak gadis moden hari ini juga ada yang bertuhankan hawa nafsu sehingga membiarkan nafsunya memandu akalnya. Hendak dikatakan jahil, mereka berpendidikan tinggi. Tetapi inilah akibat tidak hidup bersama Islam, tidak tidur bersama Islam dan tidak bangun bersama Islam.

Syeikh Abdullah bin Jibrin (bekas anggota ulama' senior) pernah menyatakan: “Tidak boleh pengantin lelaki dan perempuan disandingkan di depan kaum perempuan sebab demikian itu termasuk bukti hilangnya rasa malu dan mengikut tradisi orang-orang jahil serta jahat, dan sewajarnya pengantin itu malu menampakkan diri di depan orang ramai, bagaimana dengan duduk bersanding di tengah-tengah kaum wanita, apa tidak lebih malu lagi?”

 Adapun persandingan yang dibenarkan adalah jika dilakukan di hadapan mahram serta bersederhana, tiada unsur riak dan bongkak. Hukum wajib menghadiri jemputan walimah juga gugur sekiranya majlis walimah terdapat unsur kemaksiatan.

(artikel ini diperolehi dari fb. Pemiliknya saya tidak pasti, semoga penulis mengizinkan untuk menyebarkan ilmunya.Saya meyalin semula di sini untuk tujuan amal makruf nahi mungkar )

~sebarkan ilmu~

Doa untuk mendapat jodoh dan rezeki


Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir
(Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu)

Doa ini adalah daripada surah al-qasas ayat 24. Ia merupakan doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. Doa ini disarankan oleh Habib Munzir (www.majelisrasulullah.org) seperti yang diajarkan oleh gurunya. 

Doa ini dibaca untuk mendapatkan jodoh dan rezeki. Boleh dibaca bila-bila masa, tanpa batasan  jumlah dan tanpa batasan waktu. Dibaca sebanyak-banyaknya, semoga mendapat rezeki yang melimpah dan jodoh yang baik.

Sunday, November 13, 2011

Dosa yang lebih besar dari berzina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.


Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. 

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, 
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. 

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

♥ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ♥
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."



~sebarkan ilmu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook