Tuesday, October 11, 2011

Zikir si kecil di Mina

Sempena musim haji yang bakal menjelang, serta hawa Madinah dan Makkah yang kian terasa nuansanya, saya ingin menyelitkan sebuah cerita tentang seorang anak kecil yang saya jumpai di Mina.

Waktu itu kami sedang menunggu masuk waktu subuh dan kemudian akan melontar di jamarat. Sewaktu melilau sambil memerhatikan jamaah dari negara lain yang juga seperti kami yang menunggu, mata tiba-tiba ternampak seorang anak kecil lelaki yang dalam jangkaan saya berumur kira-kira 7 tahun. Yang pasti dia bukan dari penduduk Asia Timur, mungkin Asia Tengah. Si kecil dan kumpulannya sedang berbaring beralaskan tikar dan dengan hanya berbumbungkan langit.

MasyaAllah! parasnya sangat elok dan yang paling menakjubkan dia sedang berzikir dengan tasbih di tangan. Dia tiba-tiba perasan yang ada seseorang sedang memerhatikannya, lalu dia memasukkan tasbih ke dalam selimut dan mengalihkan badannya ke arah lain sambil meneruskan zikir. Subhanallah! anak sekecil itu sudah diajar berzikir mengingat Allah. Saya hampir menangis.

Anak siapakah itu ya Allah....semoga anak itu terus membesar menjadi insan yang bertakwa.
Kau bimbinglah anak-anakku, semoga mereka juga menjadi insan beriman dan bertakwa serta jadikanlah mereka insan-insan yang Engkau redhai. Ampunkan aku ya Allah!




No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook