Monday, October 24, 2011

Tanda lemahnya iman


Kebanyakan dari kita, imannya selalunya turun naik mengikut keadaan. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan iman kita menjadi lemah mungkin disebabkan kita kurang berdoa dan juga adanya bisikan syaitan. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menilai dan meneliti kedudukan iman kita, apakah ianya sudah menipis, meningkat atau sebaliknya. Marilah kita menilai iman kita.


Tanda lemahnya iman
  • Tidak rasa berdosa bila membuat maksiat atau membuat sebarang dosa samada dosa kecil atau besar
  • Hati yang keras dan tidak ada keinginan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran
  • Rasa malas dalam mengerjakan ibadah, contohnya melewatkan waktu solat
  • Mengabaikan sunah nabi
  • Mood yang selalu berubah dan mudah kecewa dengan perkara remeh
  • Tiada apa-apa perasaan bila mendengar bacaan al-Quran, contohnya bila mendengar ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang azab akhirat dan juga balasan baik di hari akhirat.
  • Merasa satu kesukaran bila hendak mengingat Allah atau berzikir. serta tidak merasa satu kelazatan atau nikmat bila berada di majlis mengingati Allah atau berzikir
  • Tidak merasa diri teruk bila melakukan sesuatu yang melanggar syariat
  • Mengejar kemasyhuran, pangkat dan kekayaan
  • Mengajak orang lain berbuat baik tapi diri sendiri tidak melakukan demikian
  • Merasa suka bila orang lain ditimpa kesusahan
  • Hanya pentingkan status halal atau haram sahaja dan mengabaikan yang makruh
  • Memandang rendah pada orang yang melakukan kebajikan yang mudah-mudah seperti mencuci dan membersihkan masjid.
  • Tidak begitu peduli dengan keadaan umat Islam yang lain
  • Tidak  ada rasa bertanggungjawab dalam menyebarkan syiar Islam
  • Suka berbalah dan menuduh tanpa bukti
  • Taksub dan leka dengan hal-hal keduniaan. Contohnya sangat kecewa bila kehilangan sesuatu yang berkait dengan kebendaan dan kekayaan
  • Bakhil dan takut hartanya berkurang
  • Merasa diri selalu betul

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook