Serlahkan kejelitaan anda

Wednesday, October 5, 2011

Mengubati orang yang terkena sihir atau dirasuk jin

Salah satu kaedah yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Musa Bin Fathullah Harun dalam bukunya Perjalanan Rabbani Merentasi Alam Dunia, Barzah dan Akhirat ialah dengan menggunakan daun bidara.

Caranya ialah:

1. Ambil 7 lembar daun bidara yang hijau kemudian ditumbuk.
2. Masukkan daun bidara kedalam sebekas air yang cukup untuk mandi
3. Bacakan ayat-ayat suci dari surah-surah berikut:
        a. Ayat kursi
        b. Surah al-a'raf ayat 177 - 122
        c.  Surah Yunus ayat 79 - 82
        d.  Surah Taha ayat 65 - 70
        e.  Surah Al-Kafiruun
        f.   Surah Al-Ikhlas
        g.  Surah Al-Falaq
        h.  Surah An-Nas
4.  Selepas dibacakan ayat-ayat yang disebut diatas, minum air tersebut 3 kali dan mandi yang bakinya.

Ulang amalan di atas beberapa kali sehingga hilang gangguan. Mudah-mudakan dengan izin Allah, ia akan sembuh.

Semasa menghadiri kursus pengurusan jenazah pada Ramadhan yang lepas, para peserta diperkenalkan dengan daun bidara. Ia dikatakan daun yang tidak disukai jin dan yang seangkatan dengannya. Daun bidara biasanya digunakan untuk memandikan jenazah pada bilasan yang terakhir.

daun bidara sisi depan
daun bidara sisi belakang

1 comment:

  1. b. Surah al-a'raf ayat 177 - 122
    mmg smpi 122 kh?
    atau typing error?

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook