Sunday, October 9, 2011

Memburu haji mabrur

Musim haji akan tiba, jemaah haji sudah mulai membanjiri Makkah dan Madinah. Semua orang ke sana dengan satu harapan, menunaikan haji dan semoga mendapat haji yang makbul dan mabrur. Haji yang mabrur membawa perubahan yang hebat dalam hidup.


Ada 3 perkara yang patut kita buru dalam ibadah kita. Mendapat haji mabrur, melalui ujian ramadhan dengan kejayaan dan yang tersangat penting sentiasa dapat melakukan solat yang makbul dan khusyuk. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-israk : 4 yang bermaksud : "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar".

Jika kita solat tapi hidup kita masih bercampur perbuatan maksiat, maka mungkin tidak ada yang kena dengan solat kita. Begitu juga dengan haji dan puasa. Mendapat haji yang mabrur, kita tidak akan ingin lagi cenderung melakukan perbuatan dosa.

Saya pernah mengunjungi al-Haram pada 2001. Ianya bukanlah seperti tempat-tempat lain yang kita pernah pergi, bukan untuk menikmati keselesaan dan keindahan, tapi untuk mendapatkan nikmat redha dan rahmat Allah. Pahala sembahyang di Masjidilharam adalah 100,000 kali ganda, manakala di masjid nabi di Madinah 1,000 kali. Subhanallah, besarnya rahmat Allah.

Kini, perasaan untuk ke sana lagi semakin mendesak. Bilakah masanya, saya serahkan kepada Allah yang Maha Mengatur.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook