Wednesday, October 12, 2011

Hari-hari yang disunatkan berpuasa

Sila rujuk jadual puasa sunat disini : JADUAL PUASA SUNAT

Puasa dalam Ramadhan diwajibkan ke atas semua orang Islam yang baligh, berakal dan tidak didatangi keuzuran. Rasulullah SAW tidak berpuasa penuh dalam bulan-bulan lain selain dari bulan Ramadhan.
Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda "Nabi SAW tidak berpuasa penuh selain daripada bulan Ramadhan" (HR Bukhari dan Muslim)
Bulan-bulan lain selain Ramadhan di sunatkan berpuasa iaitu pada hari-hari tertentu.

Bilakah masanya hari yang disunatkan berpuasa?

1. Hari Isnin dan Khamis

2. Puasa pada 13,14 dan 15 mengikut bulan takwim Islam
    (dipanggil hari-hari bulan cerah)

3. Puasa pada 28, 29 dan 30 haribulan takwim Islam
    (dipanggil hari-hari bulan gelap)

4. 1 - 9 hb Muharam

5. 10 hb Muharam (hari Assyura)

6. Puasa beberapa hari dalam bulan Rejab

7. Puasa beberapa hari dalam bulan Syaaban kecuali hari Syak (30 Syaaban). Rasululluh memperbanyakkan puasa di dalam bulan Syaaban.

8. Puasa 6 hari di bulan Syawal

9. 1-8 hb Zulhijjah

10. 9 hb Zulhijjah (hari wuquf di Arafah)

11. Berpuasa seperti Nabi Daud A.S iaitu berbuka sehari dan berpuasa sehari.


Puasa itu mempunyai 3 tingkat iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus dari khusus (khususull khusus)

1. Puasa Umum
    Orang-orang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari keinginan syahwat.

2. Puasa Khusus
    Menahan lapar dan dahaga, menahan keinginan syahwat, mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lainnya daripada dosa.

3. Puasa khusus dari khusus (khususul khusus)
    Selain dari menahan lapar dan dahaga, puasa semua anggota tubuh badan dari melakukan dosa, termasuk juga puasa hati daripada segala cita-cita yang hina dan segala pemikiran duniawi serta mencegahnya daripada selain mengingati Allah SWT. Inilah tingkat puasa para nabi, siddiqin dan muqarrabin.

Dari Al-Ahnaf bin Qais, bahawa orang mengatakan kepadanya "Bahawa tuan seorang yang sudah sangat tua dan puasa itu melemahkan tuan."
Menjawab Al-Ahnaf "Saya menyediakan puasa itu untuk satu perjalanan yang jauh. Dan bersabar mentaati Allah SWT itu adalah lebih mudah daripada bersabar dari azab-Nya"


No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook