Monday, October 3, 2011

Doa ketika anak sedang menghadapi peperiksaan

Satu amalan yang saya perolehi dari facebook, untuk manfaat bersama


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum, 

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 

Sumber: 

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

11 comments:

  1. Alhamdulillah semoga dapat saya lakukan ketika anak sedang menghadapi peperiksaan. Terima kasih kerana sudi berkongsi amalan ini.

    ReplyDelete
  2. mohon share dari Cik Melur, terima kasih. Semoga Allah memberkatinya.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, ada kaedah tak utk berdoa sekiranya ibu dalam keadaan haid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dalam keadaan haid, cuba banyakkan istighfar dan berdoa.

      Delete
  4. Salam,
    Izinkan saya share utk para ibubapa yg lain. TQ.

    ReplyDelete
  5. salam.. kalau waktu bekerja.

    ReplyDelete
  6. terima kasih..mohon share dan copy..

    ReplyDelete
  7. dibaca setiap hari anak menduduki pperiksaan ke?

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook