Wednesday, October 5, 2011

Daun jambu batu merawat cirit-birit

Baru-baru ni kami sekeluarga telah terkena cirit-cirit. Puncanya mungkin disebabkan terminum minuman tercemar di sebuah R&R sewaktu perjalanan ke utara. Apalagi, kesemua kami (4 orang) berganti-ganti berulang-ulang ke bilik air. Kakak menyarankan makan pucuk jambu batu untuk menghentikan aktiviti berulang ke bilik air.

Setelah mencuba sekali dengan makan 5 helai pucuk jambu batu sekaligus, cirit-birit terus berhenti dan tak perlu lagi berulang ke bilik air. Anak yang pertama berusia 9 tahun, terkulat-kulat nak makan pucuk jambu batu. Jadi saya hancurkan pucuk jambu batu tersebut dan dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes lalu lumurkan pes daun jambu batu ke perut anak. Alhamdulillah, cirit-birit terus berhenti. Ia satu penawar yang ajaib.

Anak kedua pula menolak untuk dilumurkan dengan pes jambu batu. Sampai ke petang dia berulang ke bilik air. Setelah dipujuk, akhirnya dia setuju untuk dilumurkan perutnya dengan pes daun jambu batu. Alhamdulillah, ciritnya terus berhenti.

Menurut kakak, selain dari daun muda jambu batu, putik jambu batu (buah yang masih muda) juga sangat mujarab untuk mengubat cirit-birit.

Subhanallah, setiap yang Allah jadikan di muka bumi mempunyai manfaat tersendiri.



1 comment:

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook