Tuesday, October 11, 2011

3 golongan manusia di akhirat

Di dalam surah Al-Waqiah menyebut ada 3 golongan manusia di hari kiamat kelak iaitu golongan Ashabul Maimanah , Ashabul Masy-amah dan Assabiqun. Al-Waqiah adalah satu daripada nama hari kiamat. Siapakah 3 golongan ini?

1. Ashabul Maimanah adalah golongan yang menerima suratan amalnya dengan tangan kanan
2. Ashabul Masy-amah adalah golongan yang menerima suratan amalnya dengan tangan kiri
3. Golongan Assabiqun pula adalah golongan yang mendahului dalam melakukan amal kebaikan. Mereka terdiri dari para nabi, syuhada, para wali dan orang-orang yang tinggi kesabarannya. Mereka ini adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab.


Bagaimanakah hendak menjadi golongan Ashabul Maimanah?

Menurut Ustazah Dr. Fatma El-Zahra, golongan Ashabul Maimanah mendapat kedudukan ang tinggi di sisi Allah SWT. Amalan-amlan yang perlu dilakukan hendaklah mengikut ajaran yang disebutkan dalam surah Al-Balad : 13-18
 "Diantaranya bagi orang yang mampu ialah memerdekakan hamba sahaya;
  Atau memberi makan orang-orang lapar;
  Atau memberi sedekah/makan anak-anak yatim dari kaum kerabat;
  Atau memberi infak orang-orang miskin yang terlantar di jalanan;
  Beriman serta berpesan-pesan dengan kesabaran untuk melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat
  dan berpesan-pesan dengan kasih sayang
  Ketahuilah bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya
  di sisi Allah, merekalah golongan pihak kanan yang akan beroleh syurga"

Di dalam surah  Al-Waqiah: 27-40 disebutkan gambaran kehidupan golongan kanan di akhirat:
"Mereka hidup bersenang lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. 
Dan pohon-pohon pisang yang tersusun rapi
Dan naungan yang terbentang luas
Dan air yang sentiasa mengalir
Serta buah-buahan yang banyak 
Yang tidak putus-putus dan tidak terlarang untuk mendapatkannya
Dan tempat-tempat tidur yang tinggi
Sesungguhnya kami telah mencipta isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
Serta kami jadikan mereka sentiasa dara
Yang tetap mencintai jodohnya
Serta yang sebaya umurnya
Semuanya itu untuk golongan kanan
Iaitu sebilangan besar dari golongan terdahulu dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang terkemudian"

Di akhirat kelak, terdapat golongan orang yang paling tinggi darjatnya dan terdapat golongan orang yang paling rendah darjatnya. Ketinggian dan kerendahan darjat tidak dinilai dari harta dan pangkat, miskin atau kaya semasa di dunia. Boleh jadi juga golongan yang dipandang hina di dunia ini, menjadi golongan yang tinggi darjatnya di akhirat kelak. Begitu juga ada golongan yang dipandang mulia di dunia tapi mempunyai darjat yang sangat rendah di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook