Wednesday, September 21, 2011

Membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat




Surah Al-Kahfi digalakkan membacanya pada malam atau hari Jumaat. Dalam al-quran resam Uthmani, surah Al-Kahfi mempunyai lebih kurang 11 mukasurat. Jika membacanya hingga habis satu surah kita memerlukan 35 hingga 45 minit.

Kebiasaannya saya tidak menghabiskan bacaan surah ini sekaligus, tetapi membahagikan mengikut masa. Contohnya pada malam Jumaat saya akan membaca dari muka surat pertama hingga mukasurat ke enam, kemudian pagi esoknya saya meneruskan hingga habis satu surah.

Dalil tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah". (HR Al-baihaqi)

Daripada Muaz Ibni Anas, berkata Rasulullah SAW "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya, dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi" (HR Ahmad)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Umar pula bermaksud " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada baah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat"

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook