Monday, September 12, 2011

Kenangan Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini 1432 Hijrah sudah pun berlalu. Yang tinggal adalah kita hamba Allah yang menang dan yang kalah dalam perjuangan mendapat rahmat dan keberkahan yang Allah SWT janjikan dalam bulan Ramadhan.

Tarikh 4 Ramadhan tahun ini kami sekeluarga telah kehilangan seorang ahli keluarga, Muhammad Haziem. Umurnya baru mencecah 13 tahun 1 bulan. Allah mentakdirkan hidupnya tidak panjang,, malahan sepanjang hidupnya dia hanya mampu berbaring atas tilam, tidak mampu bercakap untuk untuk menyatakan apa diingini dan apa yang dirasakan. Tahun ini kesihatannya mulai merosot, banyak kesakitan yang ditanggungnya. Banyak kali air matanya mengalir ketika dia dibantu untuk mengalihkan badan untuk mengelakkan lenguh akibat terbaring dalam posisi yang sama terlalu lama.

Alhamdulillah, telah kembali seorang ahli syurga. Pemergiannya tidak diiringi sebarang dosa pada sesiapa. Berakhirlah penderitaan 13 tahun yang ditanggungnya. Dia kembali ke sisi Tuhan dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah. Semoga bahagialah Haziem di sana, di dalam pelukan selimut kasih Ilahi. Harap semoga kedua ibubapanya (adik) akan terus cekal dan tabah meneruskan hidup tanpa Haziem di sisi.

Sepanjang Ramadhan ini saya tidak menulis, pertamanya kerana masih bersedih dengan pemergian Haziem. Keduanya  kerana kekangan masa dalam mengejar keberkahan Ramadhan. Kini Syawal sudah hampir di pertengahan, bagaimanapun harapnya semoga tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook