Thursday, September 29, 2011

Doa anak rajin ke sekolah



Sewaktu menghadiri tadarus al-Quran pada Ramadhan yang lepas, saya mendapat satu petua dari seorang rakan tadarus untuk mengubat anak yang liat untuk ke sekolah. Kak Ani mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun. Kak Ani beritahu anaknya tidak suka ke sekolah. Akhirnya dengan cara rawatan ini, anaknya rajin ke sekolah. Cara rawatan ialah:

Sediakan sebekas air untuk mandi
Baca pada air tu bismillah 4 seperti di bawah:

Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah.
Mandikan anak dengan air tadi

Lakukan selalu sehingga nampak perubahannya.

Sunday, September 25, 2011

Penawar penyakit athma/lelah


Penawar untuk orang dewasa:
Cari seekor belut
Ambil sekeping roti gardenia atau apa-apa saja roti keping. Dengan menggunakan roti keping tadi, lurutkan seluruh badan belut tadi untuk dapatkan lendirnya.
Kemudian makan lendir tersebut. Kalau tak lalu, carilah kreativiti untuk membolehkan kita makan lender belut tersebut.








Penawar Athma untuk kanak-kanak:
Cari sebiji betik muda sebesar penumbuk
Satu sudu madu lebah asli
Titikkan 3 titik getah betik ke atas madu lebah asli tadi dan sebatikan
Baca doa : wa shifa ullima fissudur
Beri minum kepada kanak-kanak yang terkena athma


Penawar kanser


Cari sarang angkut-angkut.  (Sarang angkut-angkut adalah dipilih dari tanah yang terbaik oleh angkut-angkut). Buang semua telur dan anak-anak angkut-angkut. Ambil tanahnya sahaja.

Ambil daun semalu, ditumbuk dan digaulkan dengan tanah sarang angkut-angkut. (Daun semalu dapat mengecutkan sel kanser)

Masukkan 1 sudu air zam-zam dan gaul dengan campuran tadi

Sapu di tempat yang kena kanser

Baca al-Fatihah, ayat qursi, surah al-Baqarah ayat 22


 

Saturday, September 24, 2011

Penawar penyakit darah tinggi


Ambil sebiji buah kelapa muda yang berhingus (isinya masih lembut)
Serai 3 batang dititik
Halba 7 biji

Buah kelapa diptong bahagian atasnya (macam yang kita makan air kelapa kat kedai)
Masukkan halba dan serai ke dalam buah kelapa
Panaskan kelapa tersebut , sambil tu kacau kelapa dengan serai tadi hingga isi kelapa bercampur dengan bahan-bahan yang dimasukkan

Minum air kelapa untuk 2 hari sekali
(petua dari ustaz Muhamad Syarhan



Penawar penyakit resdung




Ambik air kolah 7 masjid (air kolah yang digunakan untuk mengambil wudhuk), pastikan airnya bersih

Lakukan solat hajat dan baca:
1.       Surah Al-Fatihah
2.       Ayat Kursi
3.       ayat 83 dari surah al-Anbiya

Air ini digunakan untuk sedut melalui hidung seperti kita menyedut waktu mengangkat wudhuk

Sebelum sedut, baca selawat syifa
(petua ini diberikan oleh ustaz Muhamad Syarhan dalam tanyalah ustaz)
Air wudhuk di dalam kolah berada dalam ranking kedua selepas air zam-zam

Friday, September 23, 2011

Doa Rasulullah SAW

Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.

Jadikanlah cinta-Mu lebih ku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Y Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat Attirmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")

Wednesday, September 21, 2011

Membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat




Surah Al-Kahfi digalakkan membacanya pada malam atau hari Jumaat. Dalam al-quran resam Uthmani, surah Al-Kahfi mempunyai lebih kurang 11 mukasurat. Jika membacanya hingga habis satu surah kita memerlukan 35 hingga 45 minit.

Kebiasaannya saya tidak menghabiskan bacaan surah ini sekaligus, tetapi membahagikan mengikut masa. Contohnya pada malam Jumaat saya akan membaca dari muka surat pertama hingga mukasurat ke enam, kemudian pagi esoknya saya meneruskan hingga habis satu surah.

Dalil tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah". (HR Al-baihaqi)

Daripada Muaz Ibni Anas, berkata Rasulullah SAW "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya, dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi" (HR Ahmad)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Umar pula bermaksud " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada baah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat"

Monday, September 12, 2011

Kenangan Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini 1432 Hijrah sudah pun berlalu. Yang tinggal adalah kita hamba Allah yang menang dan yang kalah dalam perjuangan mendapat rahmat dan keberkahan yang Allah SWT janjikan dalam bulan Ramadhan.

Tarikh 4 Ramadhan tahun ini kami sekeluarga telah kehilangan seorang ahli keluarga, Muhammad Haziem. Umurnya baru mencecah 13 tahun 1 bulan. Allah mentakdirkan hidupnya tidak panjang,, malahan sepanjang hidupnya dia hanya mampu berbaring atas tilam, tidak mampu bercakap untuk untuk menyatakan apa diingini dan apa yang dirasakan. Tahun ini kesihatannya mulai merosot, banyak kesakitan yang ditanggungnya. Banyak kali air matanya mengalir ketika dia dibantu untuk mengalihkan badan untuk mengelakkan lenguh akibat terbaring dalam posisi yang sama terlalu lama.

Alhamdulillah, telah kembali seorang ahli syurga. Pemergiannya tidak diiringi sebarang dosa pada sesiapa. Berakhirlah penderitaan 13 tahun yang ditanggungnya. Dia kembali ke sisi Tuhan dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah. Semoga bahagialah Haziem di sana, di dalam pelukan selimut kasih Ilahi. Harap semoga kedua ibubapanya (adik) akan terus cekal dan tabah meneruskan hidup tanpa Haziem di sisi.

Sepanjang Ramadhan ini saya tidak menulis, pertamanya kerana masih bersedih dengan pemergian Haziem. Keduanya  kerana kekangan masa dalam mengejar keberkahan Ramadhan. Kini Syawal sudah hampir di pertengahan, bagaimanapun harapnya semoga tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook