Tuesday, July 12, 2011

Ikan tiga rasa style siam



Sesekali tukar selera pula. Masakan siam ni agak sinonim juga dengan lidah orang Melayu. Ramai juga orang Melayu yang sukakan masakan siam. Kalau tidak tak le kat Malaysia ni rata-rata ada je kedai tomyam. Tomyam ni sebenarnya mulai popular sejak awal tahun 90-an. Bagaimanapun, entry kali ni bukan pasal tomyam tapi pasal adik-beradik tomyam juga iaitu ikan tiga rasa style siam....hehe kak melur ni pun asal keturunan siam Islam. Mak ayah kak melur memang cakap siam dalam perbualan seharian..contoh perbualan dalam bahasa siam...meng suk sa di (kamu masak sedap)...pai rong rian (pergi sekolah)...

Bahan-bahan untuk masak ikan tiga rasa style siam
1 ekor ikan bawal (lumurkan garam kunyit dan goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
3 biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji tomato (didadu)
1/2 biji lada capsicum (didadu)
1 batang serai (diracik halus)
1 biji lada merah (diracik halus)
2 helai daun limau purut (disiat)
Hirisan cili melaka (jika nak pedas)
Sedikit daun saderi

Cara-cara

Goreng ikan hingga agak garing
Bila ikan dah diangkat dan ditoskan, dengan menggunakan minyak yang sama (jangan terlalu banyak) tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan cili kering
Bila cili agak garing masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan serai. Jika kuah pekatkan masukkan air sedikit.
Bila kuah mendidih, masukkan lada merah, capsicum, tomato dan daun limau purut dan hirisan cili melaka
Bila campuran mula megeluarkan bau, masukkan garam dan daun saderi. Kacau dan tuangkan ke atas ikan

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook