Monday, July 25, 2011

Menilai tahap dan kedudukan puasa kita

Bulan Ramadhan atau bulan puasa juga dikenali sebagai 'Shahrul Ibadah' (bulan ibadah). Setiap amalan baik dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya10 hingga 700 kali ganda. Ada yang mengatakan gandaan pahalanya adalah infiniti. Pasti ramai yang berazam memperbanyakkan Ibadah di bulan ini. Di dalam bulan Ramadhan inilah Allah mengurniakan Malam Lailatulqadar hanya untuk umat Nabi Muhammad SAW yang ganjaran pahala amalannya melebihi 1000 bulan. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mengindahkan kedatangan Ramadhan kerana kita tidak pasti akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun depan.

Dalam melakukan persediaan untuk beribadah dalam bulan Ramadhan, marilah kita teliti tahap dan kedudukan puasa kita supaya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita selama ini. Iman Al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat:

1. Puasa Umum
Berpuasa setakat menahan lapar dan perkara yang membatalkan sahaja tanpa menjaga perkara-perkara yang boleh membawa hilangnya pahala puasa. Tidak menjaga mata, mulut, pemarah, tidak sabar, dan sebagainya. Rasulullah SAW mengingatkan dalam hadisnya yang bermaksud
"Ramai yang berpuasa tetapi tiada yang diperolehinya selain lapar dan dahaga sahaja (tanpa mendapat pahala)".

2. Puasa Khusus
Berpuasa disertakan dengan menjaga penglihatan, pendengaran, lidah, kaki dan tangan serta seluruh anggota dari melakukan perkara haram dan dosa termasuk perkara-perkara makruh. Allah menjanjikan pengampunan dosa yang telah lalu.

3. Puasa Khususul Khusus
Adalah puasa gologan Anbiya' (para nabi), orang-orang soleh yang mempunyai makam (kedudukan) yang tinggi di dalam keimanan dan keislaman. Kumpulan  yang berpuasa sebegini, mereka berpuasa zahir dan batin bukan sahaja menjaga puasa mereka daripada batal dan makruh tetapi memesongkan hati dan perhatian mereka daripada perkara-perkara yang bersangkutan dengan hal keduniaan. Tumpuan mereka semata-mata beribadat kepada Allah Azza wa Jalla untuk mendapat keredhaan-Nya.

Jom kita berusaha mempertingkatkan ibadah puasa kita. Walaupun mungkin sukar untuk kita mencapai ibadah puasa Khususul Khusus, tapi sekurang-kurangnya kita mencapai ibadah Khusus. Semoga Allah mengampuni kita.

Friday, July 22, 2011

Amalan untuk membenteng diri dari sihir

Amalan-amalan berikut jika dilakukan secara istiqamah, akan dapat membenteng diri kita dari sihir.

1. Jangan meninggalkan solat fardhu 5 waktu

2. Sentiasa membaca bismillahirrahmanirrahim dalam setiap pekerjaan. Syaitan tidak akan campurtangan dalam setiap pekerjaan yang didahului dengan bacaan bismillah.

3. Sentiasa kekal berwudhu. Kita akan dijaga oleh malaikat

4. Berzikir dengan
5. Mengamalkan membaca 3 qul

6. Amalkan membaca " auu'zubikalimatittaamati min sharri ma kholaq"

7. Membaca


(Tip ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Sharhan)

Tuesday, July 12, 2011

Kek coklat kukus


Kek coklat memang menjadi kegemaran ramai. Cara nak membuatnya pun agak mudah.
Cara-cara nak buat kek coklat kukus:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan butter
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api  sampai gula larut  (kacau sampai gula larut)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam adunan
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Tutup acuan kek dengan aluminium foil supaya air wap tidak menitis ke atas kek

Resepi ni diambik dari sajionline


Ikan tiga rasa style siam



Sesekali tukar selera pula. Masakan siam ni agak sinonim juga dengan lidah orang Melayu. Ramai juga orang Melayu yang sukakan masakan siam. Kalau tidak tak le kat Malaysia ni rata-rata ada je kedai tomyam. Tomyam ni sebenarnya mulai popular sejak awal tahun 90-an. Bagaimanapun, entry kali ni bukan pasal tomyam tapi pasal adik-beradik tomyam juga iaitu ikan tiga rasa style siam....hehe kak melur ni pun asal keturunan siam Islam. Mak ayah kak melur memang cakap siam dalam perbualan seharian..contoh perbualan dalam bahasa siam...meng suk sa di (kamu masak sedap)...pai rong rian (pergi sekolah)...

Bahan-bahan untuk masak ikan tiga rasa style siam
1 ekor ikan bawal (lumurkan garam kunyit dan goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
3 biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji tomato (didadu)
1/2 biji lada capsicum (didadu)
1 batang serai (diracik halus)
1 biji lada merah (diracik halus)
2 helai daun limau purut (disiat)
Hirisan cili melaka (jika nak pedas)
Sedikit daun saderi

Cara-cara

Goreng ikan hingga agak garing
Bila ikan dah diangkat dan ditoskan, dengan menggunakan minyak yang sama (jangan terlalu banyak) tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan cili kering
Bila cili agak garing masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan serai. Jika kuah pekatkan masukkan air sedikit.
Bila kuah mendidih, masukkan lada merah, capsicum, tomato dan daun limau purut dan hirisan cili melaka
Bila campuran mula megeluarkan bau, masukkan garam dan daun saderi. Kacau dan tuangkan ke atas ikan

Monday, July 11, 2011

Tomyam Campur


Hari ni teringin nak makan tomyam pula. Pes tomyam kak melur buat sendiri...baru rasa puas hati. Pes tomyam ni kak melur ambik resepi dari kak Liza (Hanieliza). Pes tomyam ni boleh juga dibuat pes ikan bakar..hehe..kira 2 dalam 1 la. Sekali buat buleh guna untuk 2 jenis masakan. 

Cara-cara nak buat pes tomyam:

Bahan-bahan

3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campurkan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Cara membuat Tomyam

200 gm udang
Bahan-bahan
Kubis bunga (dihiris)
Bawang putih 5 biji (diketuk)
Serai 3 batang (diketuk)
Tomato 1 biji (belah 4 bahagian)
Lobak merah 1/2 batang (dihiris)
Hirisan daging/ayam
Daun saderi 1/2 batang (hiris)
Daun limau purut 2 helai
Air perahan limau nipis/limau kasturi 2 biji (kalau tak nak tomyam terlalu masam, kurangkan ia)
1 inci lengkuas (diketuk)
1/2 bawang besar (dihiris)
3 biji cili padi (diketuk) kalau nak peda, letak lebih sikit

Cara membuat

Rebus hirisan ayam/daging lembu hingga empuk
Masukkan bawang putih dan serai biarkan hingga mendidih 
Masukkan udang biarkan lagi hingga mendidih dan udang masak
Masukkan pes tomyam, lengkuas dan cili padi
Masukkan kubis bunga, lobak merah, bawang besar, daun limau purut dan tomato
Bila masak sedikit masukkan perahan limau nipis/kasturi, daun saderi, garam dan sesuaikan rasa dengan meletak sedikit gula.

Puding Roti


Puding roti ni kak melur buat minggu lepas. Disebabkan oleh roti gardenia yang tak luak-luak dan dekat nak expired, jadi kak melur ambik kesempatan untuk jadikan roti ni lebih laris. So jadilah puding roti. Resepi ni kak melur ambik dari www.potretkasih.com, tapi kak melur ubahsuai sikit...so jadilah rupa dia cegini. Di sini biarlah kak melur paparkan resepi version derhaka ni...:)

7 keping roti sandwitch
2 biji telur
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur
1/3 sudu makan essen vanilla

Cara-cara

1. Kacau telur, gula, susu cair dan essen vanila hingga sebati.
2. Roti di potong dadu. Kulit yg perang x perlu buang. bubuh roti dalam dulang pembakar. Susun ikut kehendak sendiri :)
3. Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang dah disusun.
4. Biarkan roti tu tenggelam dalam adunan telur, lepas tu tabur kismis dan sapu butter atas bahagian atas roti
5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 25 - 30 minit

Tak sempat pun sampai 4 jam, puding roti dah licin...nyum..nyum..

Friday, July 8, 2011

Sausage Roll


Hari ni entry pasal resepi lak..anak minta buat sosej roll untuk breakfast hari ni...lagi pun  dah lama tak buat.. untuk tidak menghampakan, kak melur pun buat la....Cara membuatnya sangat mudah dan simple. 
Bahan-bahannya cuma:
sausej
roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
sedikit bancuhan tepung gandum (dalam 1.5 sudu besar untuk dibancuh dengan air untuk dibuat pes. Biar pekat sikit.

Cara membuat:
Rebus sosej 
Semasa merebus sosej, nipiskan roti keping dengan menggelek dan menekan 
Bila sosej dah masak, angkat dan toskan dulu sosej 
Gulung sosej dengan roti keping yang dah ditekan dan dinipiskan tadi
Guna pes tepung gandum untuk melekatkan hujung roti keping yang digulung
Selepas habis menggulung, bolehlah menggoreng sehingga luar roti agak keperangan
Angkat dan tos
Kak Melur tidak mencelupkan sosej roll ke dalam telur seperti yang biasa digunakan kerana ini akan mengakibatkan sosej roll terlalu berminyak.
Bila agak sejuk boleh dimakan bersama sos cili

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook