Thursday, June 16, 2011

Petua menghilangkan selsema dengan cepat

Kadang-kadang selsema menyerang seperti tornado. Sekali wabak tu datang, habis anak beranak, ipar duai dan jiran tetangga kena. Yang tak kena ada la sorang dua yang sistem imun mereka begitu hebat sekali.


Ni ada la petua untuk menghilangkan selsema dengan cepat....biar betik!  Selalunya selsema akan hilang dalam seminggu, itupun kira kita dah jumpa doktor dan makan ubat selsema.


Kalau ada rasa-rasa atau ada tanda-tanda nak kena selsema cepat-cepat makan ubat selsema. Nak ja virus selsema nak membiak dalam rongga hidung, terus ja terbantut dek ubat selsema. Jangan sekali makan ja...makan la ikut peraturan. Selalunya ubat selsema ada 2 jenis. Satu yang menyebabkan mengantuk dan khayal contohnya Actifed, satu lagi jenis yang tak mengantuk macam Carin. 


Selalunya kalau kak melur kena selsema, km (kak melur) malas nak jumpa doktor. Km pergi je kat kaunter minta ubat selsema. Km akan simpan ubat selsema yang tak habis sebagai stok, lain kali kalau rasa-rasa nak kena selsema km terus makan, jadi tak sempat la virus tu berumahtangga dalam rongga hidung...hehe..


Satu lagi cara mudah nak hilangkan selsema ialah waktu mula kena selsema amik supplement vitamin C. Mengikut doktor, waktu kena selsema, kita boleh ambik vitamin C lebih kurang 2 -3 g sehari. Ia akan meningkatkan imun sistem badan kita dan selsema dengan mudah dapat dihilangkan.


Satu lagi cara nak elakkan kena selsema ialah minum madu setiap hari.

19 comments:

  1. Cara yang mudah untuk mengelakan selsema diperingkat awal ialah, apabila anda bersin melebihi 3x cepat-cepatlah mencari air, sedut air menggunakan hidung, jangan terlalu kuat, pelahan-pelahan dan ala-ala kadar sampai air ke pangkal hidung, kemudian hembus, ulangi sehingga 10 x atau lebih sehingga rasa lega lubang hidung. Dengan cara ini semua bekteria yang baru hinggap tadi berjaya dikeluarkan dan anda bebas dari jangkitan.

    Kaedah menjaga kebersihan lubang hidung tidak ujud dan tidak diketahui langsung dalam ilmu kesihatan moden sehingga hari ini, tetapi dalam Islam ia telah diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu, iaitu sunnah menyedut air 3 kali sebelum mengambil wudhu. Kerapan seseorang berwudhu akan menyebabkan lubang hidung sentiasa dalam keadaan bersih, sederhana lembab dan tidak sesuai untuk bakteria hidup dan membiak. Subhanallah.

    Daripada kaedah ini boleh juga kita mencuci hidung pada bila-bila masa untuk kebersihan atau untuk mengeluarkan kotoran dan bakteria dan melegakan hidung berair.

    Selamat mencuba dan sebarkan kepada kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol la bro...lupa yg nabi pon dah ajar benda ni...mmg terbaik arr...(Y)

      Delete
    2. tq, baru terjumpa petua.. dah x tahan dah.. dah 2 hari selsema x hilang2..

      Delete
  2. Teringat waktu kecik2 dulu nun kat pedalaman sabah, jauh dari klinik dan hospital, kalu selesma je...mak saya suruh makan pucuk cekur manis je...sy pun ngap ngap je...selesma sehari dua kering la...rindu mak la plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke pucuk cekur manis je tu.../?

      Delete
  3. kini ada cara yang lebih mudah untuk menghilangkan selsema dengan krim drsneez boleh dibeli di http://www.drazma.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. petua untuk tido ketika selsema ialah tido dengan keadan lurus kepala menghadap atas

    ReplyDelete
  6. Saya ada cara nk hilangkan selsema dgn cepat dn pantas tanpa side effect... baca blog saya.. :) Tq

    http://amninaeim2011.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan perbualan dgn org tua2 mengatakan memanglah selsema ni rimas dan kalau boleh nak cepat hilang. Tapi org tua2 dulu ramai yg membiarkan selesema ni beberapa hari supaya apa? Dan mereka tak makan ubat dulu sbb mereka mahu selesema ni keluar dari badan. Kalau makan ubat maka selsema akan mampan (elok) sekejap dan akan dtg lagi selang beberapa bulan sbb terkumpul. Kemudian selsema yg tersimpan dlm badan akan menyebabkan pelbagai penyakit lain spt migrain, resdung, paru2 berair, lemah badan, semput dll. Org dulu2 rajin bekerja kebun, dan makan herba2/akar2 kayu. Org skang rajin main facebook jer. Jadi penyakit tak keluar.

    ReplyDelete
  8. bagus juga petua dan komen2 kat sini.
    Kalau saya, ambik bawang putih

    ReplyDelete
  9. guna kunyit hidup..hidu sambil tarik nafas..blh legakn idung tesumbat n selesma..petua ni blh guna dr baby ke atas a.k.a tiada had umur n kesan sampingn..hehe

    ReplyDelete
  10. After i read this entry and all the comment i feel so thankful. at least i can apply it. Thanks guys :*

    ReplyDelete
  11. thank you.my mother have selsema.I will try to follow the instructions.

    ReplyDelete
  12. Sy da kene selesema nie bwu shari tp mmg gler x tahan sbb ada batuk skali..kang nk test sedut air kat lobang idung lak..malam td x leh tdow sbb asek berair je..tension gler lah..

    ReplyDelete
  13. THANK U U ALL... saya da terseksa dgn selesema ni....

    ReplyDelete
  14. Sye lagi tersiksa...dhlh demam..selsema..bersin.dan sakit tekak...tersikss sungguh...rsenys xnk tinggal solat.lgilh

    ReplyDelete
  15. Thanks semua...in shaa Allah sy akn praktikkan semua... Petua2 ni memang berguna.. Dah tak tahan selsema hampir 2 minggu..on off je selsema...

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook