Serlahkan kejelitaan anda

Monday, April 25, 2011

Doa penerang hati

Untuk menerangkan hati, doa yang harus dibaca ialah:


Cara 1:
1. Surah al-Fatihah 7 kali
2. Surah al-Insyirah (Alam nashrah hingga habis) 1 kali
3. Doa penerang hati seperti dibawah







Boleh dibaca pada air untuk dijadikan air penerang hati, tetapi harus diingat air hanyalah sebagai medium pengubatan, yang memakbulkan adalah Allah SWT. Air yang boleh digunakan ialah air zam-zam, air jernih biasa yang dibacakan surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih, air mineral, air RO, air hujan malam Jumaat, serta lain-lain air mutlak yang jernih dan suci.

Cara 2

Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :
1.     Ya Hakiim
        Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan   dikurniakan kecerdasan.
2.     Ya Ba'ith
         Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
3.     Ya Mubdi'u
        Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
4.     Ya Maajid
        Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
5.     Ya Rashiid
        Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
6.     Ya Rahman
         Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
7.     Ya Muhaimin
         Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.


Cara 3

ILMU GENIUS YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH S.A.W.
Pada suatu hari Saidina Ali r.a. mengadu kepada Rasullullah s.a.w. mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu. Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah diingati. Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai sembahyang Subuh dan Asar pada setiap hari :
Kemudian Sayyidina Ali menceritakan:
"Setelah itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tetap dan tekun. Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga." Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan, sehingga beliau mengaku tidak mengetahui adanya sejenis ingatan yang terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya. Inilah yang digelarkan 'Ingatan Fotografi'.


Ada lagi amalan-amalan lain yang boleh diamalkan sebagai penerang hati dan mencerdaskan akal contohnya


1. Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh
2. Membaca surah al-Anbiya ayat 79  sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali
3. Membaca Bismillah enam. Khasiat Bismillah enam dapat menyinarkan hati dan mencerahkan akal.


Pilih salah satu amalan dan lakukan secara istiqamah...Insyaallah kita akan dapat merasakan keberkesanannya.  


18 comments:

  1. MOHON KEIZINAN BAGI SAYA BERKONGSIKAN TULISAN INI UNTUK RENUNGAN SAHABAT-SAHABAT SAYA..

    SAYA TELAH MENUKAR KE DALAM BENTUK PDF AGAR DAPATLAH KIRANYA PARA SAHABAT SAYA MENYALINNYA DAN MOHON DI IZINKAN SEKALI LAGI...

    http://dl.dropbox.com/u/31891663/QALBU.pdf

    SEKIAN.. SALAM RAMADHAN..

    dari Qatak Shorfiz..
    http://facebook.com/Qatak

    ReplyDelete
  2. Saya izinkan anda kongsi bersama rakan2

    ReplyDelete
  3. izinkan saya copy bacaan dari sini untuk dikongsi bersama rakan2 lain yea :)

    ReplyDelete
  4. Amalan yg diajarkan Rasulullah pd Sayyidina Ali kurang jelas. Boleh tolong beri versi yg lebih jelas? Terimakasih!

    ReplyDelete
  5. mohon share ye...tq.

    ReplyDelete
  6. salam! Boleh saudari beri doa yang Rasulullah ajar kepada Saidina Ali dengan lebih jelas.terima kasih

    ReplyDelete
  7. mohon izin saya copy untuk bacaan bersama

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Mohon share.. jazakallahukhoirakatheer..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Mohon share.. jazakallahukhoirakatheer..

    ReplyDelete
  10. Assalam....mohon share maklumat yang amat berfaedah. T.kasih

    ReplyDelete
  11. izin untuk diamalkan :) :)

    ReplyDelete
  12. Mohon idzin_dan di amalkan yaa_ qobiltu alhamdulillahirobbil'alamiin_

    ReplyDelete
  13. Mohon izin untuk diamalkn danndi kongsi

    ReplyDelete
  14. izinkan saya untuk copy dan share terima kasih

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook