Wednesday, March 30, 2011

Rezeki seperti hujan

Amalan Murah Rezeki Berkat 4 Surah

Jika sesiapa yang inginkan rezekinya murah mengalir seperti hujan serta mudah pula, maka cuba amalkan 4 surah berikut.
Surah yang dimaksudkan ialah:

1. Surah As-Syams
2. Surah Al-Lail
3. Surah Al- Falaq
4. Surah An-Nas

Kesemua surah ini hendaklah diamalkan membacanya setiap hari sebelum matahari terbenam. Jika terlupa. boleh dibaca selepas maghrib sebagai qadha. Jika boleh jangan ditinggalkan walau sehari. Insyaallah kita akan merasakan keberkatannya.

Hilangkan bau pada blender

Sekiranya blender (pengisar) anda berbau bawang atau cili, anda masih boleh merasakan keenakan jus dengan menggunakan blender sana. Cuma, bau tersebut perlu dihilangkan terlebih dulu.

Cara-caranya, anda hanya perlu ada limau nipis 3 atau 4 biji. Hiris limau nipis dan masukkan ke dalam blender, kemudian masukkan air. Kisar blender tersebut. Kemudian basuh blender macam biasa. Anda akan dapati bau pada blender dah hilang. Kini anda dapat mengisar jus minuman dan rasanya pun lebih enak.....cuba ya

Tuesday, March 29, 2011

Rahsia mencerahkan kulit

Petua ini saya dapat dari facebook rakan. Saya belum mencubanya lagi, so tak tahu sejauh mana keberkesanannya, tapi rasanya saya agak yakin dengan kaedah ni. Hajat hati memang nak mencubanya. Bagi yang kulitnya sedia cerah, tak perlulah try ye....mengabihkan boreh yo....bagi yang kulit gelap ke, sawo matang ke, kalau teringin nak cerah, boleh la cuba ye....baca selanjutnya...


Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun. Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pada seleruh badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:
1.  Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2.  Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
4. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin.
5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Saturday, March 26, 2011

Zikir penyejuk jiwa dan kemudahan hidup

Zikir ini dibaca seratus kali pagi dan petang. Tentang kepentingan zikir ini, saya petik kata-kata Habib Munzir di dalam forumnya yang begini katanya:


Saya sarankan anda membaca dzikir Subhanallahi wabihamdih, bacalah 100X setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau saew : Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya maka berjatuhan dosa dosanya walau sebanyak buih dilautan (Shahih Bukhari)

dan sabda Rasulullah saw : "Kalimat yg paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih" (Shahih Muslim)

"Sesiapa yang membacanya 100 kali pada waktu pagi dan petang, tidak ada seorang pun pada hari kiamat lebih baik amalannya kecuali mereka yang beramal sepertinya atau lebih daripadanya" (HR Muslim) 

dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan, 

kenapa?

karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yg dicintai Allah, maka Allah akan memberi apa apa yg kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati

Semoga Allah swt meluhurkan setiap nafas anda dg cahaya istiqamah, dan selalu dibimbing untuk mudah mencapai tangga tangga keluhuran istiqamah, dan wafat dalam keadaan istiqamah, dan berkumpul dihari kiamat bersama ahlul istiqamah.

Monday, March 21, 2011

Makanan otak cemerlang : makanan berkhasiat untuk tingkatkan daya ingatan

Makanan yang baik dan berkhasiat mampu meningkatkan kecerdasan otak, membantu kita berfikir dengan lebih cepat, ingatan yang lebih kuat, serta meningkatkan tumpuan ketika proses pembelajaran dan ulangkaji.

Menurut Pakar Pemakanan Jabatan dan Khidmat Makanan UPM, Prof Dr. Suhaila Mohamed, makanan yang mengandungi nutrient yang baik dapat membantu sepenuhnya perkembangan otak. Makanan seperti ini tidaklah sukar untuk diperolehi, serta harganya pun tidak mahal. Hanya kita yang mesti pandai memilih.  Beliau menyenaraikan  makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan otak dan meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.

1.      
      Omega 3 dan 6
      Pelajar sangat digalakkan mendapatkan khasiat makanan Omega 3 dan 6 ini keranan makanan ini dapat meningkatkan sel otak. Ia terdapat dalam telur dan ikan.

            Pisang
Pisang mengandungi potassium, glukos  dan vitamin B. Nutrien ini dapat mengimbangi otak pelajar supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di dalam kelas dengan baik.

3.       Pegaga
Makanan berbentuk ulaman ini  mampu mempertingkatkan daya ingatan.

      Buah beri, anggur hitam, kurma, buah delima
Buahan ini memperbaiki sel otak sekaligus meningkatkan perkembangan otak dengan cepat.

      Kekacang, sayuran dan pati ayam
Makanan ini mempunyai vitamin B yang tinggi untuk membentuk otak yang sihat dan cergas selain membantu meningkatkan kadar penyerapan mesej ke otak . Ini memudahkan pelajar untuk menerima pelajaran

6.       Kopi
Kajian menunjukkan individu yang minum kopi, ingatannya lebih baik berbanding individu yang tidak minum kopi.  Kopi mengandungi asid aminol yang diperlukan otak . Secawan sehari sudah memadai untuk mempertingkatkan memori.

7.       Antara jenis makanan lagi yang boleh meningkatkan fungsi ingatan dan perkembangan otak
·         Bijirin dan kekacang (badam, walnut, kacang soya, kacang adas, biji labu, kismis, habbatus sauda)
·         Sayur-sayuran (lobak merah, halia)
·         Tumbuhan herba (ginkgo biloba)
·         Air ( air mineral, zam-zam, madu susu, air soya)
·         Daging ayam, telur ayam, ikan tuna



Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.


Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Saturday, March 12, 2011

Kes buang bayi dan fenomena anak tidak berbapa; apa kesudahannya?

Sejak beberapa tahun yang akhir ini kita sudah dibiasakan mendengar dan membaca berita-berita tentang kisah pembuangan bayi.  Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.
Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
Daripada statistik yang dipaparkan di atas, ia menjadi petunjuk kepada peningkatan gejala sosial yang membimbangkan. Jumlah kelahiran anak tidak berbapa yang ramai akan menyebabkan sistem masyarakat menjadi pincang. Bayangkan suatu hari nanti kemungkinan berlaku perkahwinan anak-anak  dari  bapa yang sama kerana mereka saling tidak kenal dan tidak tahu mereka berasal dari benih bapa yang sama. 

Begitu juga dengan kes pembuangan bayi, perkara ini berlaku kerana pelaku tidak sanggup berdepan dengan masyarakat dan keluarga. Agak aneh bila ibu bapa zaman sekarang yang suka dianggap sporting,  bertindak 'tidak apa'  dan tidak mengawal pergaulan dan perhubungan sosial  anak-anak mereka, tidak dapat merima 'hasil' dari salah laku dan perlakuan sumbang anak-anak mereka. Walhal bukankah keadaan yang mereka 'redhakan' itu boleh menyumbang kepada peningkatan kebarangkalian berlakunya perkara yang tidak baik?

Ada juga kes berlaku bila si gadis tinggal berjauhan dengan keluarga menyebabkan keluarga tidak dapat mengawal pergerakan mereka. Tambahan lagi, jika latar belakang gadis itu adalah dari golongan miskin, ibu bapa pula sibuk mencari rezeki. Kurangnya interaksi dan perhatian keluarga menyebabkan si gadis merasa sepi. Waktu inilah iman yang tebal sahaja yang menjadi benteng dari terjerumus dari lembah dosa. Seharusnya, mereka yang tinggal berjauhan ini selalu dititipkan pesan dari ibu bapa dan saudara agar selalu menjaga diri. Perkahwinan awal (umur awal 20an) juga boleh mencegah salah laku sosial.

Pendidikan Agama Islam di sekolah, adakah membantu?
Tidak dinafikan pembelajaran pendidikan Agama Islam diperkenalkan di sekolah bertujuan untuk memberi kefahaman agama kepada pelajar. Namun, harus difikirkan adakah isi kandungannya boleh dijadikan faktor untuk menebalkan iman pelajar. Rasanya ramai pelajar yang belajar agama hanya untuk menambah kuantiti 'A' dalam peperiksaan. Proses pembelajaran berlaku dari buku dan guru ke otak, lalu di terjemahkan ke mata pena sewaktu peperiksaan. Ianya tidak turun ke hati. Pelajar tidak belajar agama dengan hati dan perasaan, lalu tidak ada penghayatan.

Justeru, pendidikan bagaimanakah yang mungkin menebalkan iman dan seterusnya menjadi benteng kepada salah laku sosial? Jawapan yang paling hampir ialah pendidikan agama yang tidak berteraskan peperiksaan, cuma perlukan penghayatan dan perlaksanaan. Ianya boleh dilaksanakan di luar jadual waktu sekolah, contohnya seminggu sekali sewaktu selepas sesi sekolah misalnya. Apakah kandungan/isinya?. Ianya penghayatan al-Quran dan Hadis denagn memahami isinya secara jelas. Ia seharusnya dilakukan untuk pelajar  dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6  secara WAJIB. Jika Ko-Kurikulum boleh dilakukan seminggu sekali, mengapa  sesi pengukuhan iman dan jati diri muslim ini tidak dapat dilakukan.

Jadikan mereka remaja yang cintakan rasul, bertakwa dan takut kepada azab Allah. Biarkan mereka sedar bahawa diri mereka penting dalam masyarakat. Jadikan mereka remaja yang dekat dengan Allah, bercita-cita dan penuh semangat.



Wednesday, March 9, 2011

Menepis dan merawat ilmu sihir

Ini adalah panduan yang diberikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dalam ruangan Tanyalah Ustaz yang bertajuk Jangan Mengeluh pada minggu lepas (Mac 2011). Sekiranya ada yang menghantar ilmu sihir, atau ada jin menumpang, maka disarankan membaca Surah Hud ayat 56 sekali setiap kali lepas solat.

Kita disarankan juga mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dalam rumah. Menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk juga sangat elok diamalkan. Kalau tak mampu membaca kerana tidak pandai membaca, takut tersalah dari segi Tajwid eloklah minta bantuan pelajar Tahfiz. Kalau tak mampu juga (ini saranan saya) mainkan CD al-Quran.

Untuk mengelakkan sihir pula, amalkan membaca surah al'Araf ayat 13.

Antara tanda-tanda ada gangguan jin.

1. Sakit yang tidak dapat didiagnose oleh doktor perubatan
2. Badan terasa lemah
3. Malas beribadat
4. Bergaduh suami isteri
5. Berubah sifat/perangai
6. Terdengar bisikan
7. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
8. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
9. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
10. Mimpi yang sangat menyeramkan.
11. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
12. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
13. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
14. Berperasaan sedih pada saat tidur.
15. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
16. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
17. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
18. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
19. Bermimpi melihat hantu.

20. Terdengar bunyi-bunyi aneh dalam rumah/bangunan
21. Was-was
22. Suka berlama-lama dalam bilik air
23. Takut berjumpa dengan orang

Thursday, March 3, 2011

Ikan masak berlada

Minggu ini saya ingin paparkan mengenai resepi yang tidak kurang enaknya untuk dibuat lauk makan tengahari dan boleh juga buat makan malam. Resepinya ialah ikan masak berlada. Untuk yang dah terar masak, tengok je lah ye....ni untuk yang kureng pandai masak atau pun yang tak dak idea nak masak apa...hehe...ni dia:

Bahan-bahan
Ikan tenggiri 4 ketul - basuh bersih ( nak guna ikan lain pun boleh...ikan merah, jenahak, kembung, cencaru...semua buleh belaka)
*Serbuk kunyit 1 sudu
*Sedikit garam
*Sedikit belacan
*1 sudu cili kisar
*1 sudu serbuk kari
*2 biji bawang putih dan 3 biji bawang merah ditumbuk halus
*Sedikit tepung gandum (rahsia supaya ikan tak melekat di kuali semasa menggoreng)

Gaulkan sebati bahan-bahan yang bertanda *. Lumurkan ikan dengan bahan-bahan yang digaul tadi. Panaskan minyak kemudian goreng ikan tadi. Bila ikan dah masak, angkat dan tos.

Bahan-bahan untuk sos
8 biji cili merah
1 inci halia
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawah putih
Sedikit asam jawa

Kisar bahan-bahan di atas. Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Masukkan Bahan-bahan kisar tadi dalam kuali, masukkan juga air asam jawa. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Bila dah agak masak bahan sos tadi, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan balik-balikkan supaya sos melekat pada ikan.

Hidangkan bersama nasi panas.

Wanita

Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya ( kerana baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang 'keras' terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar tak payu daraku, punggungku?" di khalayak awam. 

Pemimpin

Di zaman Umar al-Khattab r.a, mana2 pemimpin yg dilantik, setiap tahun atau diakhir perkhidmatan akan dikira semua hartanya & diambil sebahagiannya krn syubhat wang ghulul disebabkan jawatannya. Hari ini, jwtn pemimpin dijadikan lubuk emas (ke neraka) bgi pemimpin utk kumpul harta berbillion. Hosni Mubarak diwartakan ada US60 bil, Gaddafi pula US20 bil. Pemimpin kaya krn politik, tanda tak amanah.

Iman

Iman mampu membuatkan seseorg teragak2, brdebar apabila ingin melakukan dosa & ENGGAN perbuatan itu diketahui org lain. Itulah yg dinyatakan oleh Nabi sa.w dalam hadis sohih. Kehilangan dua unsur tadi dari pelaku dosa membuktikan IMAN HAMPIR KONTANG. Sedih melihat hari ini ramai yg mengiklankan dosanya, tentunya dia tak teragak2 ketika melakukannya juga.

Petua menurunkan tekanan darah tinggi

Ini adalah petua yang diberikan oleh emak mertua saya untuk menurunkan darah tinggi. Sebagaimana yang beliau amalkan dalam masa 3 hari tekanan darah dapat distabilkan dengan amalan berikut:

Bahan-bahan
3 biji Peria katak (buang biji)
3 Batang celeri
1 simpul daun pegaga (kalau sukar nak dapat, boleh ganti dengan epal hijau)
2 biji Air kelapa


Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tapis dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari. Jika tekanan darah sudah hampir stabil, amalkan meminum 1 kali sehari saja sudah memadai.

Peria Katak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook