Serlahkan kejelitaan anda

Sunday, February 20, 2011

Kehebatan Ayat Seribu Dinar

Juga Sebagai Amalan Murah Rezeki
Ayat seribu dinar mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Dengan mengamalkannya selepas solat 5 waktu secara istiqamah, hati akan menjadi tenang dan pekerjaan dipermudahkan Allah. Untuk yang bermasalah, jadikan ayat ini sebagai amalan, semoga Allah memberikan jalan keluar.

Untuk anak-anak pelajar, eloklah mengamalkan ayat ini sebagai satu doa untuk mudah mendapat ilmu dan mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang Nik Nur Madihah dalam buku tentangnya, Catatan Nik Nur Madihah juga menyatakan beliau mengamalkan ayat ini. Pengalaman saya pula, sejak saya mengamalkan ayat ini hati saya lebih khusyuk ketika sembahyang.







Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Petikan fadhilat ayat seribu dinar di atas adalah diperolehi dari bacaan-bacaan yang membincangkan tentang kehebaan ayat seribu dinar. Namun begitu, perkara yang lebih utama adalah mengamalkan isinya iaitu bertakwa kepada Allah SWT. Allah akan memberikan jalan keluar kepada persolaan yang dihadapi.  Contohnya kita bekerja di satu tempat yang menawarkan gaji yang lumayan. Kita diarahkan melakukan pekerjaan yang mengandungi unsur maksiat. Dalam masa yang sama kita sangat memerlukan sejumlah wang untuk menyara keluarga. Kita tinggalkan pekerjaan tersebut dan berusaha mencari pekerjaan lain untuk mengelakkan dari melakukan kerja tadi yang mengakibatkan kita berdosa. Dengan adanya ketakwaan seperti itu, Allah akan membantu kita mencari jalan keluar dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitulah yang saya pelajari dari seorang guru.

3 comments:

  1. Thanks for your marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you are a great author.

    I will make sure to bookmark your blog and may come back very soon.
    I want to encourage you continue your great
    work, have a nice holiday weekend!

    Here is my web blog - http://assets.tumblr.com/images/content_top.png?alpha
    Also see my webpage - tumblr

    ReplyDelete
  2. Piece of writing writing is also a fun, if you know then you can write if not it is
    difficult to write.

    Feel free to surf to my page: Manchester United Players

    ReplyDelete

  3. Terima kasih atas artikelnya, sangat bermanfaat untuk Saya amalkan... Salam kenal yah...

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook