Friday, February 25, 2011

Amalan untuk menghindarkan diri dari sebarang kemudharatan

Untuk wanita-wanita yang ingin keluar rumah terutamanya anak gadis, Ustaz Zahazan menyarankan mengamalkan ayat ini untuk menghindarkan dari sebarang kecelakaan seperti kes ragut, atau kejahatan lain yang kita selalu dengar dalam surat khabar dan TV. Untuk lelaki juga sangat elok mengamalkan ayat ini. Kebiasaan orang yang mengamalkannnya ialah membaca doa ini 3 kali di waktu pagi (selepas solat subuh) dan 3 kali di waktu petang (selepas solat asar atau maghrib).

Untuk menghindarkan diri dari sihir, ilmu pukau, atau kejahatan yang datang dari langit dan di bumi, lakukan amalan berikut setiap pagi;
1. Baca doa berikut: (baca 3 kali)



“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu,
sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi daripada hadis Usman bin Affan dengan Isnad Sahih)
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas) (3 kali)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.


Tuesday, February 22, 2011

Hati

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb (hati). (Riwayat Bukhari)

Rawatan dengan surah Yasin

Petua ini dipetik dari kelas Tafsir Surah Yaasin oleh Dato' Dr. Fatma El-Zahra 
Amalan doa ini dilakukan untuk apa-apa saja hajat

Dilakukan selepas sembahyang Tahajjud, Hajat dan doa. 
Sediakan sebekas air

baca ayat 82 sebanyak 100 kali dan kemudian doa, hembuskan ke air
Baca dengan penuh yakin 
Air diminum 1 cawan sewaktu perut kosong di waktu pagi. 
Amalkan sehingga 40 hari 
Insyaallah dengan keberkatan ayat2 Allah, penyakit dapat disembuhkan. 


Mengikut Dr. Fatma, pesakit kanser yg beliau kenali telah sembuh dengan rawatan ini. 
Begitu juga seorang penagih yang menagih selama 10 tahun telah berubah menjadi insan yang beriman. (Amalan rawatan ini telah dilakukan oleh ibunya) 

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar 
(penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82) 

Panduan mudah hamil

Semasa menonton rancangan tanyalah ustaz yang di hoskan oleh ustaz Hanafi beberapa bulan lepas, beliau telah memberikan panduan untuk mudah hamil mengikut cara orang Arab:

Ambil segenggam kurma, dibuang biji dan dikisar bersama susu kambing. Minum sekali sahaja.
Kemudian, setiap pagi minum segelas susu kambing dan makan 7 biji kurma.

Menurut ustaz Hanafi, tidak sampai setahun, insyaallah akan dikurniakan
anak.



Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi S.A.W bertanya:
"Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anakpun."

Nabi S.A.W pun menjawab dengan sabdanya:
"Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buahhati (anak)"

Monday, February 21, 2011

Teh dan kanser

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sitem 'detoxification' di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Kenali tanda awal kanser

Artikel tentang kanser ini saya petik dari Berita Harian baru-baru ini. Saya taipkan semula sebagai panduan dan pengetahuan kita semua sekiranya kita atau saudara kita mengalami tanda-tanda berikut:

1. Kanser pangkal rahim
    Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser payudara
    Bengkak atau gumpalan di buah dada atau bawah ketiak. Keluar cairan darah di puting, pembesaran kalenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3. Kanser usus besar
    Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badab, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser paru-paru
    Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. Kanser perut
    Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6. Kanser limpa
    Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7. Kanser ovari
    Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8. Kanser otak
    Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9. Kanser prostat
    Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

10. Kanser darah (leukimia)
      Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat infeksi

11. Kanser tekak
      Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 sebab utama kaser
1. Makanan
2. Tembakau
3. Alkohol
4. Radiasi
5. Sinaran cahaya matahari
6. Pekerjaan
7. Pengambilan ubat
8. Pencemaran air dan udara
9. Perokok yang tidak aktif
10. Keturunan

Diet untuk mencegah benjolan pada payudara
1. Hindari makanan berlrmak dan bergoreng
2. Hindari makanan ringan yang masam
3. Kurangkan minum minuman bergas
4. Berhati-hai semasa mengambil ubat selsema dan aspirin
5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6 dan Evening Primrose Oil


Sesungguhnya saya tidak pasti, tanda-tanda yang tertera di atas secara tepatnya merupakan tanda awal atau sudah memasuki stage yang lain. Sekiranya terdapat tanda-tanda di atas, lebih baik kita cepat-cepat berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan. Bagaimanapun, pemeriksaan awal adalah lebih baik. Lebih cepat dapat dikesan, lebih besar peluang untuk sembuh.

Siapakah orang yang muflis di akhirat

Membaca facebook Ustaz Zaharudin, beliau mengingatkan tentang siapakah orang-orang yang muflis di akhirat nanti. Ikuti petikan kata-kata beliau:


Muflis di hari kiamat adalah yang datang dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, makan harta orang lain, menumpahkan darah, memukul lalu DITEBUSNYA melalui amalan kebaikannya, hingga habis sebelum mampu menebus seluruhnya, lalu DIBERIKAN DOSA mangsanya & dilempar kepadanya, akhirnya dilempar ke neraka. Hadis sohih Muslim.

Justeru, kurangkan menzalimi orang lain dan tambahkan bekalan amalan diri. Bimbang bekalan kita tidak cukup untuk menampung kejahatan yg kita telah lakukan kepada orang lain.

Sesiapa yang selalu menjadi MANGSA, bersabar dan 'bergembirah'. Sampai waktunya, akan datang kepadamu 'dividen' pahala percuma dari mereka yg mengganasimu atau sebahagian dosamu akan diserahkan kepada mereka. Justeru, teruskan amalan kebaikanmu, jangan hiraukan sangat celaan mereka yang membencimu kerana amalan baikmu.

Sunday, February 20, 2011

Petua Kecantikan

Menegangkan Kulit Muka
Ini diperturunkan petua yang murah dan mudah untuk menegangkan dan sekaligus mencantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan2 yang murah dan senang didapati. Cuma mau rajin sikit saja untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki. 

Petua 1 :
Ambil timun dan tepung ubi. Timun dihancurkan dan kemudia campurkan dengan tepung ubi serta sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Cara ini dapat menegangkan dan menjadikan kulit muka lebih segar. Kulit muka juga akan kelihatan lebih cerah. 

Petua 2 :
Titiskan air limau nipis ke atas bedak sejuk bersama sedikit air. Jadikan pes dan sapukan ke muka. Amalkan selalu dan dalam masa seminggu anda akan dapat melihat perubahannya.

Petua 3.
Bahan-bahannya ialah a. beras yang digoreng hingga kekuningan, b. timun yang dikisar, c. perahan air limau nipis dan d. putih telur.
Bahan a dikisar dan campurkan dengan b, c dan c. jadikan seperti pes.
Sapu pada muka seperti memakai masker. Selepas beberapa ketika kemudian cuci.





Petua Bibir Menawan
Ambil sedikit madu dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkannya selalu dan anda akan lihat hasil yang memuaskan. Selamat mencuba.


Petua Elak Rambut Cepat Beruban
Ambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yg sudah masak. Kemudia jemur biji betik tersebut.

Biji betik yg kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dgn semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak. Minyak inilah yg boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian. InsyaAllah mujarab. 

Kehebatan Ayat Seribu Dinar

Juga Sebagai Amalan Murah Rezeki
Ayat seribu dinar mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Dengan mengamalkannya selepas solat 5 waktu secara istiqamah, hati akan menjadi tenang dan pekerjaan dipermudahkan Allah. Untuk yang bermasalah, jadikan ayat ini sebagai amalan, semoga Allah memberikan jalan keluar.

Untuk anak-anak pelajar, eloklah mengamalkan ayat ini sebagai satu doa untuk mudah mendapat ilmu dan mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang Nik Nur Madihah dalam buku tentangnya, Catatan Nik Nur Madihah juga menyatakan beliau mengamalkan ayat ini. Pengalaman saya pula, sejak saya mengamalkan ayat ini hati saya lebih khusyuk ketika sembahyang.







Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Petikan fadhilat ayat seribu dinar di atas adalah diperolehi dari bacaan-bacaan yang membincangkan tentang kehebaan ayat seribu dinar. Namun begitu, perkara yang lebih utama adalah mengamalkan isinya iaitu bertakwa kepada Allah SWT. Allah akan memberikan jalan keluar kepada persolaan yang dihadapi.  Contohnya kita bekerja di satu tempat yang menawarkan gaji yang lumayan. Kita diarahkan melakukan pekerjaan yang mengandungi unsur maksiat. Dalam masa yang sama kita sangat memerlukan sejumlah wang untuk menyara keluarga. Kita tinggalkan pekerjaan tersebut dan berusaha mencari pekerjaan lain untuk mengelakkan dari melakukan kerja tadi yang mengakibatkan kita berdosa. Dengan adanya ketakwaan seperti itu, Allah akan membantu kita mencari jalan keluar dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitulah yang saya pelajari dari seorang guru.

Loghat Utara vs Pantai Timur


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Petua Dapur

Halau Kutu Beras
Beras yang disimpan lama selalunya akan terdapat kutu beras. Untuk menghalau kutu2 beras ini, ambil beberapa helai daun serai, disimpul dan letakkan di dalam bekas simpanan beras itu. Dalam beberapa jam, anda akan dapati kutu2 beras itu akan keluar, mungkin kerana tidak tahan dengan bau daun serai itu.


Kurangkan Bau Petai
Untuk mengurangkan bau petai, rendam petai ke dlama air basuhan beras selama setengah jam.


Bawang Goreng Garing Lebih Lama
Untuk mengelakkan bawang goreng cepat lemau, rendamkan hirisa bawang yang hendak digoreng ke dalam air garam untuk beberapa ketika. Selepas itu bolehlah menggoreng. Hasilnya sangat menakjubkan.


Kuali Tidak Melekat
Untuk mengelakkan bahan gorengan melekat pada kuali, sebelum menggoreng, masukkan beberapa keping asam gelugur semasa kuali sedang panas. Lepas itu masukkan bahan yang hendak digoreng.


Tanggalkan Kesan Getah Nangka
Untuk menghilangkan getah nangka yang melekat di tangan atau di pisau, gosokkan hampas kelapa pada bahagian atau mana-mana tempat yang terdapat getah nangka. Anda dapati ianya sangat mudah ditanggalkan.


Hilangkan bau
Jika bekas makanan atau minuman terutamanya bekas plastik yang bertutup berbau, rendamkan hampas teh di dalam bekas makanan berbau itu semalaman. Keesokan harinya basuh seperti biasa. Anda akan dapati bau telah hilang.


Daun Kari Halau Lalat
Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di tempat-tempat yang selalu dihurungi lalat. Aroma daun kari mampu mengahalau lalat dan anda tidak perlu menghalau lalat secara manual.

Saturday, February 19, 2011

Takut Ayam

Pada suatu hari seorang pesakit berjumpa dengan doktor psikitiari untuk merawat penyakitnya yang takutkan ayam. Apabila beliau ternampak ayam, beliau akan lari lintang pukang. Ini adalah kerana beliau menyangka dirinya jagung. Beliau sangat takut akan dipatuk oleh ayam.

Selepas mendapat rawatan beberapa lama, beliau datang lagi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

doktor : Adakah anda masih takutkan ayam sekarang?
pesakit : Tidak doktor, saya tidak lagi takutkan ayam, saya sekarang manusia, bukan lagi jagung
doktor  : Bagus macam tu, maknanya penyakit kamu dah baik, lepas ni kamu tak perlu datang lagi. Lepas ni kamu tak perlu melarikan diri lagi bila tengok ayam. (Doktor merasa puas hati dan gembira)
pesakit  : Saya ada 1 persoalan doktor
doktor  : Tanyalah, apa dia?
pesakit  :Adakah ayam-ayam tu tahu yang saya sekarang dah jadi manusia, bukan lagi jagung?
doktor  : ?!

Koleksi teka-teki

Berikut adalah soalan dan jawapan peperiksaan akhir teka-teki untuk mereka yang baru balik dari perguruan silat putu piring....:)

1. Negeri manakah yang bah dahulu baru hujan?
Selalunya hujan dulu baru bah (banjir), tapi negeri ini bah dulu baru hujan
Jawapan: Bahrain


2. Antara kereta dan basikal yang mana lebih tua?
Jawapan : basikal; kerana basikal ada tongkat


3. Bagaimanakah kita nak kasi seekor gajah dan seekor semut sama beratnya?
Jawapan : Ambil gambar kedua2nya berasingan, kemudian ditimbang


4.  Apakah yang ada di tengah-tengah sawah?
Jawapan : huruf  'W'


5. Aiskrim apa yang paling sedap?
Jawapan : Aiskrim percuma


6. Kenapa bila batu terjatuh ke dalam air, ia akan tenggelam?
Jawapan : Kerana batu tak pandai berenang


7. Sebab apa superman pakai jubah di belakang?
Jawapan : Kalau dia pakai jubah di depan, orang ingat dia nak potong rambut


8. Kenapa kodok bergerak dengan meloncat?
Jawapan : Kodok tak ada duit. Kalau dia ada duit, dia akan naik teksi


9. Dalam banyak bas kat dunia ni, bas apa yang paling pandai?
Jawapan : Bas sekolah, sebab bas pergi sekolah


10. Bianatang apa yang seluruh anggota badannya ada kat kepala?
Jawapan : Kutu kepala


11. Ada sorang budak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
- Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

12. Mi apa yang tidak boleh dimakan?
Jawapan : Misai



.....teka teki seterusnya akan diupdate lagi

Pengalaman dikejar orang gila

Pada suatu petang, sewaktu turun dari bas selepas balik dari kerja, saya ternampak seorang lelaki di hentian bas. Melihat dari rambut dan pakaiannya yang tidak terurus saya mengagak lelaki tersebut tidak siuman. Apabila saya menapak untuk menuju ke lorong rumah sewa saya yang lebih kurang 300 meter dari situ, lelaki tersebut mula mengekori saya.

Dengan perasaan yang berdebar saya mempercepatkan langkah, lelaki itu juga mempercepatkan langkah menghampiri saya....apalagi lagi, dengan berbaju kurung saya pun pecut, dia pun pecut mengejar saya. Jantung berdegup kencang.....selepas beberapa ketika berlari, ada sekumpulan makcik dan pakcik sedang melepak ditepi lorong. Saya pun berhenti dekat pakcik dan makcik2 tu kalau-kalau mereka sanggup melindungi saya.

Tiba-tiba bahu saya di cuit dari belakang,....rupa-rupanya lelaki yang tak siuman tu dah berada di belakang saya. Lantas dia menghulurkan sekeping pembalut gula-gula hacks pada saya. Saya pun mengambil pembalut gula-gula tersebut. Lelaki tersebut terus meninggalkan saya. .....hai, kalaulah saya tahu lelaki tersebut cuma nak bagi pembalut gula2 hacks tu tak perlu la saya pecut sampai berpeluh...

Makcik2 dan pakcik2 di tepi lorong tu hanya tersenyum memandang gelagat saya dengan orang gila tu.... mereka kenal lelaki tersebut, dia cuma ingin menderma barang2 yang dikutipnya di mana-mana....saya pun meninggalkan mereka dengan muka tebal

Bagaimanapun, lain kali kalau dikejar orang gila lagi, saya tetap akan lari sebab saya tak tahu niat sebenar orang tu.....kita tak tahu orang yang tidak kita kenal tu merbahaya atau tidak....

Tuesday, February 15, 2011

Petua Melembutkan Hati

Sewaktu berjumpa dengan emak saudara pada Cuti Raya Cina baru-baru ini,  beliau bercerita tentang aktiviti sehariannya di kampung. Salah satu aktivitinya ialah mengajar al-Quran kepada penduduk kampung. Beliau juga sering didatangi oleh orang-orang kampung terutamanya wanita yang bermasalah. Antaranya suami ingin berpoligami, anak tidak mendengar kata, anak tidak mahu ke sekolah dan berbagai lagi.

Lalu saya bertanya kepada mak saudara saya bagaimanakah cara beliau membantu menyelesaikan masalah mereka kerana setahu saya mak saudara saya ni bukan pakar pengamal perubatan, jauh sekali jika dikatakan beliau bomoh. Mak saudara saya kata beliau hanya menggunakan ayat-ayat al-quran.

Antara ayat al-Quran yang beliau gunakan surah al-Imran ayat 200. Contohnya jika ada anak jiran yang tidak mahu/malas ke sekolah beliau akan membaca ayat tersebut dan tiup ke ubun-ubun anak  tersebut. Ini akan melembutkan hati anak tersebut dan dia akan menurut kata. Ayatnya seperti di bawah



Ayat ini juga boleh dibacakan pada air minuman diikuti dengan Ayat Seribu Dinar dan diberi minum pada orang yang dituju. Niatnya adalah untuk melembutkan hati.

Boleh digunakan untuk melembutkan hati pasangan dan anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook