Monday, January 31, 2011

Kehebatan istighfar

Sebagai Amalan Diluaskan Pintu Rezeki dan Menyucikan Hati

Dalam hidup kita, ada waktunya pelbagai masalah melanda. Dari soal kewangan, pekerjaan, perniagaan, keluarga, kerenah manusia sekeliling kita dan berbagai lagi. Ada kalanya masalah begitu menghimpit, kita akan rasa tertekan dan mungkin ada waktunya kita kecewa dengan kehidupan. Sesekali kita perlu memikirkan sejenak akan banyaknya kurniaan Allah terhadap kita. Jika masalah menghimpit, Allah sediakan jalan untuk kita, salah satunya dengan beristighfar. Istighfar boleh membantu melerai masalah yang kita hadapi.

Berikut adalah petikan artikel yang saya pilih, semoga ianya menjadi pedoman untuk kita semua.

Istighfar bantu umat Islam sucikan hati, dibuka pintu rezeki

APABILA berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.

Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Inilah perkhabaran gembira buat mukmin yang selalu melazimkan istighfar dalam kehidupannya.

Dalam satu riwayat, Ar-Rabi’ bin Sobih berkata kepada Imam Al-Hasan: “Kaum lelaki datang kepadamu dengan mengadu mengenai pelbagai masalah, untuk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar.”

Lalu kata Al-Hasan: “Aku tidak berkata apa-apapun daripada pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya Allah mengatakan dalam surah Nuh, Hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Begitulah kedudukan istighfar sebagai mekanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan seandainya Allah membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa boleh dilakukan tanpa pertolongan Allah.
Kita seharusnya mengambil iktibar pengajaran kisah Nabi Nuh seperti diceritakan dalam al-Quran ketika Baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kepada Allah supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.

Firman Allah bermaksud: “Dan (dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib mahupun sunat.

Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan, taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan diluaskan pintu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan dengan tenteram dan bahagia.

Kita mengalami masalah mungkin disebabkan maksiat dan dosa yang kita lakukan, zahir ataupun batin. Dengan tompokan dosa itulah yang menjadi penghalang terbukanya pintu rahmat dan rezeki dari Allah.

Hal itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa yang dilakukannya.” ( Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Sebagai hamba Allah, kita tidak harus lalai daripada bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah.

Janganlah menganggap diri kebal atau bersih dosa lantaran sentiasa menuruti apa saja perintah Allah kerana kita mungkin dijangkiti penyakit hati dan dosa maksiat hati juga akan menjadi penyebab timbulnya pelbagai dugaan hidup.

Sesungguhnya, beruntunglah hidup seseorang mukmin yang apabila tergelincir ke lembah dosa dan merasakan dirinya jauh dari Allah, lalu berusaha keras melakukan taubat dan beristighfar. Orang ini akan disucikan kembali hatinya dan kehidupannya pasti disinari kebahagiaan melalui pelbagai nikmat.

Sumber : Berita harian
Penulis asal :Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

Flavanol dalam coklat bantu cegah penyakit lupa

Flavanol adalah zat antioksida yang terdapat dalam biji coklat. Ia didapati dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak.

Kajian pernah dijalankan oleh Norman Hollenberg dari Harvard Medical School terhadap sekumpulan wanita muda yang mengamalkan meminum coklat dalam diet mereka. Sekumpulan wanita muda ini diminta menjalani kegiatan rumit sambil otak mereka diteliti dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Kumpulan wanita yang diberi minuman coklat yang mempunyai ladar flavanol yang tinggi, berlaku peningkatan aliran darah yang banyak ke otak mereka jika dibandingkan hasil ujian terhadap sekumpulan wanita yang tidak diberi minuman coklat.

Bagaimanapun, harus dipastikan coklat yang didapati hari ini mengandungi kandungan flavanol yang tinggi kerana kerana kebanyakan coklat di pasaran sekarang biasanya mengandungi kadar flavanol yang rendah untuk menjadikannya manis dan disukai ramai.


Sunday, January 30, 2011

Lobak merah legakan batuk

Batuk berpanjangan memanng mengganggu keselesaan dalam menjalankan tugas seharian. Salah satu cara untuk melegakan batuk yang berpanjangan ialah dengan mengamalkan memimum jus lobak merah yang dicampur susu seminggu sekali.

Khasiat lobak merah ialah ia berupaya membersihkan saluran pernafasan dan paru-paru yang ada kaitannya dengan batuk berkahak.


Tuesday, January 25, 2011

Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki

Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah

Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 

Surah Al-Waqiah boleh di dengar di sini  : Part 1 (ayat 1 - 49)   
                                                                 Part 2 (ayat 50 - 96)

Di bawah adalah pengalaman yang dikongsi dari blog Hifz Diary

well, I want to share a real experience of an old man who had practice the surah every night in his life.

Just a month ago, while visiting Madinah al-Munawwarah upon performing Hajj...

My brother went to masjid Nabawi to perform solat (prayer) as usual, on that day he pray beside an old man from India. After concluding the prayer, my brother smile at the old man and then he ask the old man where he come from? (they talk in Urdu since my bro can speak Urdu)

The old man said, he from India. He said that he really happy to see youth doing hajj.

"Is this your first time doing hajj?" my brother asked him.

" Not, this is the eighth" he replied.

" Son, I read surah al-Waqiah every night and surah al-Mulk before I go bed. Alhamdulillah, Allah bestowed me with His wealth to come here eight times. Read the both insya Allah your wealth will be enriched." he continued.

Actually so many story like that happen to the people who istiqamah in practicing surah al-Waqiah. But, I share with you what have been told by my own brother.

When we purposely read surah al-Waqiah every night as suggested by our prophet Muhammad (P.B.U.H) and have faith (yaqin) on it, insha Allah it will happen. It will work such the Law of Attraction making it effect. Allah says in al-Ahqaf:19 ;

وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِّمَّا عَمِلُوا ۖ وَلِيُوَفِّيَهُمْ أَعْمَالَهُمْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
And for all there are degrees [of reward and punishment] for what they have done, and [it is] so that He may fully compensate them for their deeds, and they will not be wronged.

what will make it show the effect of reading it every night is when we read it continuously or istiqamah. Shaykh Ahmad Bin Idris (rahimahullah) said,

al istiqamah fauqal karamah
the continuous deeds overcoming the dignity

and the other most important thing is Du'a. Always pray for His Blessing.

hope this entry benefiting you.





Masalah Hutang - bacalah doa ini pagi dan petang



الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ


“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).



Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini juga terdapat dalam buku doa alma'surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku. Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.

Monday, January 24, 2011

Sup Makaroni Rempah Mak Siti



Walaupun visual sup makaroni di atas nampak macam kurang menarik ( sebab dbuat seadanya), tapi sebenarnya rasa dia memang klass. Sup menggunakan rempah mak siti memang memberi rasa yang sangat enak. Rempah sup mak siti ni memang jadi kegemaran saya.

Bahan-bahan untuk penyediakan sup makaroni

Bahan A
3 ulas bawang merang
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
( bahan2 di atas ditumbuk/dihiris)
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
( kesemua bahan2 di atas digunakan untuk menumis)

5 ketul ayam
1/2 bungkus rempah mak siti
kentang yang di hiris bentuk kiub
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumis bahan A hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan rempah mak siti, kacau sebentar dan biarkan mendidih. Masukkan ayam. Bila ayam sudah empuk masukkan air  dan kentang. Biarkan kentang empuk, kemudian masukkan garam. Isi ayam yang dah empuk tadi dikeluarkan dan disiat kecil, kemudian masukkan semula dalam sup Sesuaikan rasa

Sementara tu rebus makaroni hingga lembut dan toskan.
Sediakan bawang goreng, daun bawang dan daun yang dihiris, serta jangan lupa sambal kicap

Masukkan makaroni dalam mangkuk
Masukkan sup serta isinya
Masukkan bawang goreng, daun bawang, daun sup dan sambal kicap
(hidangan ini untuk 4 orang)

Saya suka makan sup ni sambil tengok TV...memang nikmat

Demam - meredakan panas badan

Amalan ini khusus untuk anak-anak yang badan panas kerana demam. Jangan biarkan suhu badan anak-anak tinggi kerana boleh menyebabkan berlaku sawan. Ada juga kes yang mengakibatkan kaki lumpuh.

I mangkok air suam
Baca Al-fatihah 3 kali
Selawat nabi 3 kali
Bagi anak minum air ini dan usapkan air ini di kepala, leher, ketiak dan badan

Sekiranya tidak berapa lama lepas tu, suhu badan naik lagi, maka ulang lagi amalan di atas
Sambil tu boleh lah makan ubat doktor

Petua meredakan batuk

Mengikut pengalaman saya, ini adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan untuk menghilangkan batuk

1 sudu besar madu
2 hiris limau nipis. Kalau tak tahan masam, 1 hiris pun boleh
Perahkan limau nipis ke dlam bekas berisi madu dan kacau sebati
Amalkan makan  3 hari sekali, kalau 1 hari sekali mungkin kurang mujarab
Insyaallah keesokan harinya, anda dapati batuk akan reda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook